Keluar cari kedai burger tepi jalan. Terasa lapar pulak nak makan burger Ramly waktu hujan macam ni.
Kawasan aku tinggal payah nak jumpa gerai burger. Lagi-lagi time raya ni. Kalau ada pun tak kena dengan tekak. Sos terlebih dan tak best.
Terjumpa satu gerai ni. Tepi kedai makan. Katanya siang diorang bukak kedai makan, malam bukak gerai burger.
Menu burger kat sini sama jugak macam gerai lain. Dari burger ayam biasa sampai lah benjo. Aku beli burger ayam double special. RM5 seketul. Ada dua patty ayam dibalut dengan telur dadar. Murah jugak kan?
12 Comments
setuju sangat...ada masa terbayang-bayang nak burger tepi jalan. kalau burger di fast food ni kadang2 harga mahal kemain tapi sos secoet, mayo secoet
ReplyDeleteKann. Saya kureng sikit burger fast food. Takde soul bila makan. Burger tepi jalan kalau jumpa yang best, memang betul-betul best.
DeleteHesh, dia pergi cakap pulak. Dah terliur 🤤
ReplyDeleteKena beli jugak tu nanti. 😆
DeleteBurger tepi jalan musim2 hujan memang layan!
ReplyDeleteLayan. Tu beli pun masa hujan tengah turun. Rezeki penjual.
Deletesetuju!!! tambah2 klu mayo lebih perghhh :D
ReplyDeleteSaya pulak tak suka mayones. Selalu request tak nak mayo.
DeleteKalau diorang berniaga dari tengahari pun okay je.. Kadang lunch teringin nak makan berger ramly ini.. Tapi tulah.. Lepas waktu kerja membawa ke malam baru ada..
ReplyDeleteKann. Tapi belum pernah nampak orang jual burger macam ni di siang hari selain bulan puasa kat bazar Ramadan. Kalau ada, memang pasti kena serbu. Idea yang bagus ni. 👍
DeleteSetuju sangat! burger Ramly terpaling sedap. Tak kedekut sos dan sayur. Boleh request ikut selera. Harga pun setanding rasanya.
ReplyDeleteBetul. Kualiti berbaloi dengan harga. Berdiri lama menunggu pun takpe kalau memang sedap.
Delete