Cashier tipu sebab tak nak bagi sampul raya?


Kejadian semalam. Pergi sebuah pasar raya. Beli barang nak buat nasi ayam. Semua lengkap ada. Kecuali iceberg lettuce. Lupa nak beli.

Usha jugak barang lain. Beli lah apa yang patut: kopi dan jajan. Lepas semua dah ada, terus pergi kaunter. Orang sikit tapi barang banyak. Last-last aku ke kaunter bawah 10 items.

Masa cashier tengah scan, aku tanya dia. Ada lagi ke tak sampul raya. Kot-kot lah dia nak bagi free kan? Sebab sebelum ni aku dapat sampul raya kes beli barang atas RM100.

Cashier tipu terang-terang


Dia cakap takde. Sampul raya dah habis. Tapi mata aku tertumpu kat rak tempat cashier sebelum ni letak sampul raya. Ada. Banyak lagi. Tersembunyi sikit kat bawah.

Aku tunjuk kat sampul tu. Dan dan dia cakap sampul tu kalau nak, kena beli barang at least RM100.

Habis tu, kenapa dia tipu cakap sampul raya habis? Tanpa check dulu. Lagipun kaunter tu takde orang. Aku je yang tengah bayar. Aku pelik. Kenapa dia nak tipu jugak? Bingung aku memikirkan. 😵

Aku malas cakap banyak. Aku pun pernah kerja kat pasar raya. Kalau customer tanya pasal sampul raya, aku jawab terus-terang. Sama ada dah habis atau kena buat pembelian tertentu. Bukan tipu macam ni.

Lepas setel bayar, aku terus chow dari situ. Malas nak deal dengan orang penipu. Semoga bertaubat. Kalau tak, menjawab lah dia kat akhirat nanti.

Kes sama di mall terkemuka Putrajaya


Masa puasa. Singgah pasar raya dalam mall ni nak beli barang. Setiap pembelian RM100 dapat sampul raya percuma. Ada 3 design. Nak dapat sampul, kena redeem kat customer service.

Sampai kaunter customer service, aku bagi resit. Dapat 4 set sampul. Staff tu bagi 3 set warna hijau, satu set warna biru. Aku request nak tukar kepada warna biru satu lagi. Kiranya nanti aku akan dapat dua hijau dan dua biru.

Tapi dia kata biru habis. Sedangkan tadi masa dia tengah pilih nak bagi aku, aku nampak ada beberapa set sampul biru.

Kenapa dia nak tipu? Takkan nak simpan stok untuk customer lain? Takde pulak pasar raya tu letakkan syarat limit kuantiti untuk setiap warna.

Entah. Kenapa mudah sangat manusia menipu? Tak takut dosa ke? Nampak kecik tapi kita tak tahu benda ni lah nanti yang akan tarik kita ke neraka. 😟

Post a Comment

6 Comments

  1. Kadang tak faham juga.. Kalau memang ada syarat tertentu, bagi tahu jelah terus terang.. Kita faham je.. Tak payah nak tipu.. Geram je perangai macam ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah. Terkesima ditipu depan-depan. Nak tegur kang nanti berdrama pulak.

      Delete
  2. Entah la. Mungkin kuota kaler dah habis kot :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin. Tapi tak patut menipu customer. Tak boleh bayangkan kalau famili sendiri ditipu macam ni. 😟

      Delete
  3. Entahnya kan, susah sangat ke nak cakap jujur terus terang. Benda orang nampak lagi mahu tipu. Ish ish ish...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Dah terang lagi bersuluh. Ikutkan hati, nak je report kat manager. Tapi bila pikir periuk nasi, terpaksa batalkan hasrat. Kalau kena sekali lagi, memang bertemu buku dengan ruas lah jawabnya.

      Delete