Jejari kentang HyFun crinkle fries ECO Shop. Murah dan sedap.


Dulu seingat aku, ECO Shop aka kedai RM2 ni tak pernah jual barang basah. Tak ingat tahun bila, mungkin dalam 2019, diorang mula jual pelbagai barang basah macam sayur dan buah.

Kat cawagan tempat aku dulu pernah ada. Tak tahan lama. Kejap je. Mungkin tak laku atau sebab lain. Sekarang, diorang jual frozen food dan air dalam chiller.

Fries ni made in India. Halal. Ada logo halal India walaupun takde logo halal JAKIM. Tapi tak tahu kenapa begitu jauh ECO Shop ni import. Malaysia takde jual yang murah ke?

Made in Gujarat, India.

Fries yang aku jumpa ni ada sejenis je. Crinkle. Yang biasa takde. RM2.20 sepaket. Berat satu paket ni 400 g. Fries dalam ni banyak. Aku rasa boleh 3 atau 4 orang makan.

Sedap dari fries McD.

Sedap? Untuk kategori bajet, bagi aku, sangat sedap dan berbaloi beli. Fries ni gemuk-gemuk. Puas hati makan. Kalau tabur garam, black pepper atau chilli flakes lagi sedap. Cukup rasa masin dan pedas.

Lagi satu, paket kecil macam ni sangat convenient. Boleh terus masak fries sampai habis. Tak perlu simpan balik lebihan ke dalam chiller. Sebab frozen food yang dah dibuka, kena masak terus. Kalau simpan, rasa dah lari. Tak best. Melainkan ada Tupperware. 🤭

Post a Comment

4 Comments

  1. Eco pandai buat duit. Jual je apa boleh sebab dah ada strong household name

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Marketing hari tu pun bagus. Siap collab dengan mfafairuz untuk promote produk diorang.

      Delete
  2. Replies
    1. Entah lah Wak. Mungkin tambah tolak, fries sana lagi murah dan berbaloi untuk jual.

      Delete