Minum Pepsi boleh buang angin dalam badan?


Setakat ni aku belum pasti penyebab utama angin dalam badan. Yang aku tahu, bila aku salah makan atau cuaca sekeliling yang sejuk, badan aku akan masuk angin. Perut jadi tak selesa dan asyik sendawa.

Berdasarkan portal Alodokter:

Masuk angin merupakan salah satu kondisi yang sering terjadi pada musim hujan atau saat cuaca dingin. Hal ini membuat sebagian orang meyakini bahwa masuk angin terjadi akibat banyak angin yang masuk ke dalam tubuh.

Kadang ada yang panggil perut sebu. Selalunya terlebih makan atau salah makan.

Aku tak pasti sama ada badan aku kurang vitamin atau apa-apa zat tertentu. Yang aku tahu, bila musim hujan plus cuaca sejuk, ditambah dengan kipas siling direct kena badan, badan aku akan auto masuk angin bila bangun tidur.

Tutup kipas? Kadang menjadi kadang tak. Kadang bukan sebab cuaca. Contohnya minggu lepas waktu raya. Perut aku kembung dan terasa banyak angin. Bila urut kat bahagian tertentu, sendawa tak henti.

Cara aku cegah


Minum air Pepsi original. Bila masuk angin, aku akan minum air Pepsi. Jangan taruk ais. Biarkan air sejuk fridge. Bila dah minum, tak lama lepas tu aku sendawa dan angin dalam badan mula keluar. Bukan terkentut ye. 🤭


ENO tak jalan. Dah cuba banyak kali. Angin tetap ada. ENO biasa ke halia ke. Sama je kesan. Bila dah kena, seharian jugak perut ni berangin. Nak buat kerja pun terganggu. Nak makan, takde selera selagi angin berkumpul.

Post a Comment

10 Comments

  1. percaya atau tak, mama pun ada minum air carbonated bila perut masuk angin. pastu sendawa.. lega

    ReplyDelete
  2. Rasa macam boleh sebab selalu juga cari air gas kalau ada masalah kembung perut angin nih..lagi satu teh halia..letak banyak2 halianya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Saya pernah cuba teh halia. Tapi masih tak keluar angin. 😅

      Delete
  3. Boleh juga tambah gula dalam darah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Tapi tak boleh selalu minum. Nanti kencing manis pulak.

      Delete
  4. ammi pun pernah cuba minum ginger beer / coke...dan lega sbb dapat sendawa besar. tapi takleh nak amalkan sbb manis leting kot airnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah. Saya kembung perut jarang sekali. Mungkin takpe kot. Tapi Coke saya tak minum.

      Delete
  5. Samalah.. Sha pun akan minum minuman berkarbonat untuk buang angin dan rasa sebu.. Pepsi tak pernah cuba lagi.. Bolehlah cuba nanati..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Bagi saya, air Pepsi original paling mujarab untuk buang angin. Air berkarbonat lain macam tak jalan.

      Delete