Puasa lepas. Masa keluar nak cari barang. Masuk IOI. Orang tak seramai macam yang aku expect. Dulu sebelum PKP, sesak dengan manusia. Sekarang, boleh jalan kat luar kedai tanpa perlu takut bergesel bahu.
Waktu ni ramai yang tengah pilih baju raya dalam butik. Aku masuk Padini kejap. Punya lah ramai orang. Tengah pilih baju satu hal. Ditambah lagi yang tengah beratur nak bayar. Nampak baju berkenan. Tapi tak jadi beli sebab malas nak test dalam fitting room.
Masuk Borders. Satu-satunya kedai buku yang ada kat sini (selain kedai komik/manga). Popular atau MPH takde. Ni kali pertama aku masuk Borders. Tak silap aku, tak banyak cawangan Borders kat Malaysia. Ada yang dah tutup pun.
Buku English/novel
Set Spiderwick Chronicles. Nak beli, tapi tak cukup bajet. |
Tengok buku. Terkejut. Kebanyakan buku English kat sini, harga mahal. Maklum lah. Aku selalu beli buku English kat Big Bad Wolf. Jadi, bila masuk Borders, terasa aura mahal buku kat sini macam bukan tempat untuk rakyat marhaen macam aku.
Novel Melayu ada. Tapi tak sebanyak Popular dan MPH. Kebanyakan buku Melayu yang ada, buku pesen motivasi dan autobiografi.
Komik
Banyak. Ada ruang khas untuk komik Gempakstarz (lupa nak snap gambar). Banyak pilihan komik baru. Kiranya Borders ni up-to-date pasal Gempakstarz.
Pelbagai seleksi komik terbitan Komik-M. |
Dalam banyak-banyak komik, ruang komik Komik-M (PTS) paling besar. Buku tersusun dengan kemas. Banyak buku baru. Tapi aku terfikir. Kemas sebab staff rajin susun atau kemas sebab takde orang beli?
Ruang khas membaca
Kat sini ada ruang khas. Siap ada karpet (lupa lagi nak snap gambar). Ruang ni macam untuk customer duduk dan baca buku. Masa aku pilih buku, nampak ada customer perempuan dengan anak dia duk kat sini. Dalam bakul diorang ada beberapa buku. Tak pasti lah aku tu ruang apa. Ke terlebih ruang?
Ruang promosi/pameran utama
Depan pintu masuk. Ada display miniature beberapa masjid. Cantik sangat. Mungkin company yang buat semua ni collab dengan Borders. Sebab area sini, banyak barang yang company ni letak.
Mungkin jugak sempena Ramadan. Jadi, Borders nak create satu tema kat kedai diorang. Nak bagi customer rasa feel Ramadan bila masuk sini.
Ulasan
Masa kaki aku melangkah masuk, terus aku dapat tahu Borders ni tak sama dengan Popular dan MPH. Terasa aura kayangan bila masuk sini. Buku yang diorang jual, lebih kurang sama. Tapi entah kenapa, kebanyakan buku English yang aku tengok, semua mahal.
Susun atur kat sini sangat pelik. Maksud aku, bila aku masuk kedai ni, aku kena pusing dan pergi sekeliling dinding untuk tengok buku apa yang ada. Macam rak komik Gempakstarz. Tersembunyi kat belakang dinding. Jadi, peminat komik yang sekadar lalu kat luar kedai, takkan tahu yang Borders ada jual komik.
Promosi buku kat sini seolah-olah takde. Kalau ada pun, mungkin tak banyak. Tak nampak pulak banner atau poster promosi. Macam rak Komik-M, takde pun kat situ tulis diskaun ke apa ke. Macam mana nak tarik customer untuk beli? Bagi aku, kalau diskaun 10% sekalipun, customer akan teruja nak beli.
Lagi satu, diorang kena ubah susunan buku. Tengok contoh Popular atau MPH. Buku mana yang perlu display kat depan, buku mana yang boleh display kat belakang. Kalau kedai diorang kat luar, takpe lah. Ni kedai diorang dalam mall. Orang yang lalu-lalang akan tengok dari luar. Kalau nampak buku yang menarik, terus masuk. Kalau tak, buat apa nak masuk kan?
Siapa target Borders?
Aku pernah baca artikel pasal Borders ni. Katanya cawangan Borders kat Malaysia banyak tutup. Aku dapat relate. Kebanyakan buku kat sini mahal. Siapa target diorang? Orang kaya? Student? Kanak-kanak? Foreigner?
Bagi aku, kalau diorang tahu target customer diorang, insyaAllah, kedai buku ni mampu berkembang. Sayang kalau Borders kat sini tutup.
Kolaborasi dengan syarikat buku
Banyak benda yang diorang kena pandang. Kedai buku kat Malaysia ni banyak. Bersepah. Yang baru nak up pun banyak. Contohnya macam kat Kelantan ada SMO Bookstores, Terengganu ada Pustaka Seri Intan dan Pahang ada MBS.
Macam mana nak compete? Waktu PKP dulu, mungkin ada kedai yang terkesan. Mungkin jugak makin banyak customer terutamanya mereka yang beli online. Lepas PKP, even sekarang pun, kedai boleh beroperasi macam biasa. Jadinya, pelan dan strategi kena lah ada.
Aku kalau kerja kat sini, nak je aku bincang dengan CEO atau person-in-charge. Untuk meriahkan kedai yang makin suram. Wah. Macam drama pulak.
- Pertama, aku pastikan yang aku akan ubah susun atur kedai ni. Aku tak nak kedai ni nampak macam library. Suram. Tapi lebih kepada kedai buku.
- Kedua, kurangkan order buku-buku English atau oversea yang tak dapat sambutan kat Malaysia. Kalau order pun, atas permintaan customer.
- Ketiga, banyakkan buat promosi. Letak banner atau poster. Bagi orang lalu-lalang tahu yang kat sini ada promo buku. Baru lah customer terasa dihargai.
- Keempat, collab dengan beberapa company buku kat Malaysia. Macam Popular x Gempakstarz. Diorang collab dengan jual beberapa produk yang tak dijual kat kedai lain (Pek Spesel Lawak Kampus, Lawak Kampus Kompilasi Mantap dan Under 18: No Fear - Kompilasi Jitu). Tak pun, macam Popular x PTS. Pernah ada komik PTS yang hanya Popular jual (Aku, Kau & Komik: Koleksi Popular dan The Best of Dear Yayah).
8 Comments
rasanya depa target international skool.. tapi mmg buku omputeh harga mcm tu la..spiderwick tu famous juga tu..students saya suka baca
ReplyDeleteEntah lah. Local school tak kurang banyaknya kat Putrajaya dan sekitar IOI.
DeleteSpiderwick banyak edisi. Tak mampu nak beli lagi edisi baru ni. 😅
seronok sekali sekala lepak kedai buku kan. lama mama tak nyinggah borders
ReplyDeleteKann. Dapat cuci mata pilih buku depan-depan.
Deletelama tak singgah Borders. Kinokuniya pun kayangan jugak tapi masih mampu tarik pelanggan. Betul lah tu, nampak suram
ReplyDeleteKinokuniya dulu banyak manga Jepun. Sekarang komik Malaysia pun banyak jugak. Mungkin pilihan buku international kat Kinokuniya lagi better dari Borders.
DeleteKedai buku kesukaan saya satu waktu dahulu.. Memang port lepak baca novel Inggeris.. selesa dan tak diganggu.. Lama dah tak pergi.. dulu selalu lepak dekat borders the curve..
ReplyDeleteItu lah. Baca jugak ada yang kata Borders tempat lepak. Siap boleh baca buku free.
Delete