Resepi kari telur ayam mudah.


Selain ayam, daging dan ikan, kari jugak boleh digunakan untuk masak telur. Bahan-bahan dan cara masak pun lebih kurang sama. Asyik makan kari ayam, sekali-sekala makan kari telur ayam pulak apa salahnya kan?

Bahan-bahan

  • 2 biji telur ayam (direbus)
  • 1 biji bawang merah kecil (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 3 sb serbuk kari Faiza (sebatikan dalam air masak sampai jadi pes)
  • 1 sb serbuk Mamee Chef Rempah 4 Sekawan
  • 2 cawan air masak
  • Beberapa helai daun kari
  • 1 batang lada hijau/merah (dibelah dua)
  • 3 batang bendi (dipotong 2)
  • 1 biji ubi kentang (dibelah 4)
  • Minyak masak secukupnya

Langkah-langkah

  1. Tumis bawang merah, bawang putih dan daun kari.
  2. Bila naik bau, masukkan pes kari dan serbuk Mamee Chef Rempah 4 Sekawan. Kacau sebati.
  3. Masukkan air masak dan biar menggelegak.
  4. Kopek telur rebus dan goreng sekejap dalam kuali lain.
  5. Masukkan telur tadi dalam kuali kari.
  6. Tambah lada, bendi dan ubi kentang. Biarkan sampai layu atau pecah minyak.
  7. Siap.

Nak buat style lain boleh je. Kalau nak masukkan terung atau sayur lain, takde masalah. Serbuk kari jenama lain pun boleh guna. Nak tambah santan pun boleh. Ikut cita rasa masing-masing. Aku tak masukkan garam sebab serbuk Mamee Chef tu memang dah cukup untuk bagi rasa marvellous kat kari tu.

Telur rebus tu wajib goreng dulu tau. Kalau masukkan terus tanpa goreng, nanti jadi pelik. Warna telur tak lawa seolah-olah terkena penyakit kuning. 😅

Post a Comment

8 Comments

  1. masa kecik arwah mama suka masak kari telur dadar sbb nak berjimat. kalau telur sorang sebijik mau kena masak banyak bijik..jadi dia dadarkan 2-3 bijik telur pastu potong2 dan jadikan kari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Ada jugak kari telur dadar. Pernah makan. Memang best. Orang dulu-dulu pandai berjimat. Macam-macam menu yang boleh dihasilkan.

      Delete
  2. ms ddk asrama ni antara lauk fav sy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untung tu. Saya sepanjang belajar belum pernah nampak kari telur kat kafe. Selalu mak cik kafe jual telur masak merah atau telur masak kurma.

      Delete
  3. Hahaha.. sempat lagi buat lawak.. Penyakit kuning ye..
    Okay juga buat kari telur macam ini.. Sesekali tukar menu kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Mungkin serapan warna kari yang sebabkan permukaan luar telur jadi kuning. 😅

      Delete
  4. Sedap juga telur masak kari. Dia macam sambal telur rebus jugak. Kena goreng dulu lepas rebus baru sedap kan. Baru melekat kuah kari tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tepat. Kena goreng dulu. Kalau tak, memang tak melekat kuah.

      Delete