Tengok filem Fantastic Beasts: The Secrets of Dumbledore di TGV Dpulze, Cyberjaya.


Setelah bertahun menanti ketibaan filem ke-3 siri Fantastic Beasts ni. Akhirnya berpeluang nak tengok sendiri kat pawagam. Aku tengok masa bulan puasa. Cuma tak sempat nak buat entri blog.

Masa tengok seat online, takde orang yang beli waktu aku tengok tu. Aku beli seat pagi. Guna points yang ada. Jadi, dapat free dua keping tiket. Kalau ikutkan, harga asal tiket RM12 per tiket. Bila lama tak tengok wayang, ada perubahan pulak. Ni first time tengok lepas PKP. Dan seingat aku, sebelum 12 tengah hari (dan setiap Rabu), harga tiket TGV RM8 je. Promo ni dah takde ke?


Dalam hall tu, aku tengok dengan kakak aku. Ada sorang kat belakang kitorang yang join tengok. Mungkin pekerja TGV. Imagine hanya ada 3 orang dalam hall yang besar gedabak tu. Best. Sebab tak perlu dengar bunyi-bunyi berbisik dan excited yang tak diperlukan dalam tu.

Filem ni pasal apa?


Pernah tengok filem Harry Potter? Waktu filem Harry Potter tengah panas, aku masih belajar. Ingat lagi time tu, setiap kali filem baru masuk panggung, masing-masing excited nak tengok.


Filem Fantastic Beasts: The Secrets of Dumbledore ni kisah kesinambungan filem pertama dan ke-2 Fantastic Beasts. Kisah Newt Scamander, pakar zoologi yang suka kumpul makhluk ajaib. Latar masa sebelum kewujudan Harry Potter and the gang.

Standee kat GSC IOI City Mall, Putrajaya. Tak tengok kat sini sebab dah lewat.

Siap ada tempat bergambar.

Filem ke-3 ni ditumpukan kepada Albus Dumbledore. Kisah hubungan dia dengan Gellert Grindelwald (antagonis siri Fantastic Beasts).

Kontroversi


Filem ni pun ada kontroversi. Peminat tak berapa berkenan bila watak Grindelwald (lakonan Johnny Depp) digantikan dengan Mads Mikkelsen. Katanya tak sesuai. Sebab penggatian ni pun daripada kes masalah rumah tangga Johnny Depp dan bekas isteri dia, Amber Heard.

Kiri Mads Mikkelsen, kanan Johnny Depp.

Kontroversi kedua, filem ni terlalu tekankan unsur homoseksual antara Dumbledore dan Grindelwald. Kalau pernah layan novel terakhir Harry Potter (Harry Potter and the Deathly Hallows), waktu pelancaran novel tu, JK Rowling ada mentioned yang Dumbledore ni gay. Tapi hubungan dia dengan Grindelwald tak diterjemahkan secara terang-terangan. Mungkin tak sesuai bagi pembaca, peminat dan penonton siri Harry Potter bawah umur.


Dalam filem Fantastic Beasts, lain pulak jadinya. Unsur LGBT tu secara terang-terangan ditunjuk walaupun takde lah X-rated scene. Just luahan perasaan yang sekadar dialog. Masa tengok kat TGV, dialog Because I was in love with you disenyapkan menjadi Because I was in (mute) with you. Aku saspek Malaysia sensor scene yang tak sesuai.

Best ke filem ni?spoiler alert


Aku mampu bagi rating 7 bintang daripada 10. Nak kata best, tak terlalu best macam filem pertama dan ke-2 atau macam siri Harry Potter. Filem ke-3 ni lebih tertumpu kepada Dumbledore walaupun watak utama filem ni adalah Newt. Ibarat Newt tu watak sampingan je.

Sekarang dah takde tiket kertas keras. Pakai resit je.

Tak banyak magical creatures atau scene boombastic yang diperkenalkan. Cuma excited bila masuk part last. Kebijaksanaan Dumbledore yang terserlah untuk kelirukan Grindelwald. Bermula filem ni lah, hubungan Dumbledore dan Grindelwald putus secara rasmi.

Masalah Credence yang mencari keluarga dia (mula filem ke-2) pun selesai. Tak expect dia memang ada kaitan dengan Dumbledore. Untuk next filem, mesti akan fokus kat Grindelwald. Kebangkitan dia dalam memerangi Muggle atau No-Maj.

 P.S. Aku masih harap yang Johnny Depp pegang watak Grindelwald. Takde siapa boleh ganti tempat dia.

Post a Comment

8 Comments

  1. Alaa dah lama tak tengok wayang, ada anak kecil lagi huhu.. btw memang suka cerita pertama sebab beast dia tu unik dan comel!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Filem pertama memang best. Rasa keajaiban dunia magik dengan macam-macam haiwan ajaib diperkenalkan.

      Delete
  2. kenapa saya rasa filem ni mcm x byk promosi ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Tak macam filem pecah panggung lain yang buat promosi menggila.

      Mungkin plot filem ke-3 ni lebih menjurus kepada hubungan antara kaum sejenis. Dan tak sesuai kat negara kita. Lagi-lagi dalam bulan puasa.

      Delete
  3. Ala.. bila tukar pelakon, mesti jadi tak best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kureng. Aura Grindelwald tak sehebat sebelum ni. Johnny Depp sangat perfect bawak watak Grindelwald.

      Delete
  4. aik, ada yg baru ye.. tak tau pula mama dah keluar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Filem ni kurang sangat promosi kat Malaysia. Mungkin waktu tayangan pun tak sesuai. Bulan puasa, tak ramai boleh serbu siang-siang. Malam je lah yang boleh tengok sambil makan popcorn. 😅

      Delete