Ulasan komik Le.Gardenie: Love Note #01 oleh Dreamer.


Yay! Komik yang aku pesan kat Lazada dah selamat sampai. Berkira-kira sebenarnya nak beli. Aku risau tak capai expectation. Ye lah. Komik Le.Gardenie yang asal karya Ben sangat berkualiti (walaupun ending out).

Dapat sampul raya free yang Gempakstarz bagi. Masa puasa dulu kalau nak dapat sampul ni, kena beli at least dua buah buku. Kali ni aku beli seketul buku pun dapat jugak sampul. Rezeki.


Tajuk: Le.Gardenie: Love Note #01
Karya: Dreamer
Harga: RM12.00 / RM13.00 (SS)
ISBN: 9789670028170
Muka surat: 168
Tarikh terbit: Mei 2022
Penerbit: Kadokawa Gempak Starz Sdn Bhd

Sinopsis


Kisah Pear, budak lelaki sekolah menengah elit yang lemah tapi baik hati. Sering jadi mangsa buli oleh pembuli kat sekolah dan mudah jatuh hati dengan perempuan cantik.

Ulasanspoiler alert


Lepas habis baca komik ni dalam masa tak sampai sejam, perasaan aku bercampur baur. Aku sebenarnya masih mengharap Ben yang buat komik ni. Kalau bukan dia sekalipun, at least dia bagi kerjasama dalam hasilkan komik versi baru ni.

Watak-watak utama dalam komik Le.Gardenie menggunakan nama buah macam Pear, Cherry, Coco dan Mango. Sama jugak macam komik versi asal. Ada buah Orange, Kiwi, Apple dan Lemon.

Yang best


Karakter yang nampak fresh. Lebih segar dari segi pemikiran dan perwatakan. Setiap karakter termasuk Pear sendiri lebih straightforward. Mudah nak faham perwatakan setiap karakter tu.


Jalan cerita takde terbelit. Mudah nak faham. Setiap watak diperkenalkan dengan jayanya. Mula-mula Pear, kemudian Cherry, Coco, Ray dan Mango.

Gaya lukisan aku kira, masih cantik walaupun takde aura taman buah-buahan (Le.Gardenie) macam komik yang Ben buat. Aku kira Dreamer ni lukis 100% secara digital. Sebab lukisan nampak terlalu kemas.


Untungnya bila komik remake macam ni, sales dah tentu akan mencanak naik. Pembaca akan beli sebab nak tahu kisah terbaru ni sama ada kisah sama yang bersambung atau kisah baru.

Yang tak best


Plot cerita agak meleret-leret. Dari awal sampai akhir, hanya pengenalan watak utama dan dan aplikasi yang Pear guna untuk cari pasangan kekasih yang sesuai (Love Note). Maksud aku, takde daya tarikan yang kuat untuk tarik aku supaya terus follow siri ni. Ada kisah tersembunyi di sebalik pembikinan app Love Note? Kenapa abang Pear meninggal dunia? Disabotaj ke? Atau apa hubungan antara Coco dan Ray? Lagi best kalau ending jilid pertama ni dijadikan lebih dramatik.

Kadang-kadang ada scene yang terlalu over dan tak kena dengan situasi pelajar sekolah. Aku faham sekolah ni tak wujud pun. Hanya fiksyen semata. Tapi scene gaduh, siap baling tray makanan sampai bertumbuk bagai tu terlalu over. Terasa macam tengok Penthouse pulak.


Aku kategorikan komik ni hanya untuk bacaan 13 tahun ke atas. Kenapa? Ada scene yang aku kira, agak soft porn. Ada babak pelajar perempuan (Coco) mintak ciuman dari pelajar lelaki (Pear) sambil buat gaya untuk bercium. Aku tak tahu lah kalau orang lain anggap ni lawak. Tapi bagi aku, ianya satu scene yang tak patut ada dalam genre macam ni. Lagi-lagi keluaran Gempakstarz. Kalau budak sekolah rendah baca, aku rasa agak janggal. Jadi, parents, sila pantau anak-anak anda.


Aku tak suka bila penulis/pelukis komik ni jadikan watak lelaki (Pear) sebagai lelaki yang hanya pandang rupa paras perempuan. Bila cantik, baru tertarik. Siap malu-malu dan blushing lagi. Why not buat Pear sebagai lelaki yang hanya tertarik dengan perempuan bila perempuan tu tolong dia? Kan Pear ni lemah, mudah dibuli. Ambil point ni untuk kembangkan karakter Pear.


Kalau dulu aku baca komik Ben, masih terasa aura komik lelaki walaupun cerita berkisarkan pasal cinta ala Kuch Kuch Hota Hai. Tapi versi baru ni tak. Jalan cerita komik baru ni lebih bersifat keperempuanan. Setahu aku, Dreamer ni terdiri daripada dua orang kartunis iaitu Joey dan Sora. Diorang ni perempuan ke? Belum pernah nampak muka diorang setakat ni.

Nak ulas lebih-lebih pun, tak guna jugak. Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh baca sendiri. Mungkin komik remake ni akan ada peminat tersendiri. Kalau nak banding dengan karya Ben, aku rasa jauh lagi nak kejar. Aku boleh bagi 6 bintang daripada 10 atas effort yang Dreamer ni bagi untuk hasilkan karya baru.

Post a Comment

6 Comments

  1. saya selalu rasa orang yang buat remake ni pemalas. takde effort nak buat marketing dan guna je brand yang dah establish. matilah kalau Gempak Starz baca komen ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe. Tu pendapat kita sebagai pembaca dan customer.

      Mana-mana komik/kartun yang dijadikan remake memang tak patut sebenarnya. Melainkan pelukis dah meninggal dan ada permintaan tinggi dari peminat macam siri Doraemon contohnya.

      Remake sepatutnya lagi better dari versi asal, sama ada jalan cerita atau gaya lukisan. Tapi itu lah. Kecewa jugak bila baca Le.Gardenia remake ni. Terfikir jugak kenapa tak buat cerita lain? Kenapa nak kena guna brand Le.Gardenia? 🤔

      Delete
  2. Kalau buat remake, patutnya lebih cantik dan menarik.. Kalau macam ini memang jadi tak minatlah nak baca.. Kalau bacapun mungkin sebab percuma.. hehehe.. Atau terpinjam dekat Perpustakaan.. Boleh tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je. Saya beli pun sebab ada nama Le.Gardenie. Kalau tak, rasanya takkan beli.

      Delete