Biskut Munchy's LEXUS terbaru. Rasa coklat yang sedap.


Dah lama aku nak makan biskut ni. Tapi bila pergi kedai, selalu jumpa yang pek besar. Kalau beli, macam membazir lah pulak. Sebab aku plan nak cuba kesemua 3 perisa dulu.

Jumpa biskut LEXUS ni kat 7e. Tapi jumpa dua jenis: Original dan Dark Choco. Satu lagi perisa (Mixed Nuts) takde. Mungin sold out. Aku tanya staff 7e, katanya takde stok. Entah bila stok baru akan sampai.

1. Original



Rasa biskut ni seakan sama dengan biskut yang pernah diorang buat sebelum ni iaitu biskut Choc-O. Aku tak pasti lah sama ada versi baru ni dijenamakan semua dari versi Choc-O atau tak.

Biskut Choc-O. Mungkin kilang dah tak buat.

Aku suka topping coklat kat atas biskut. Topping coklat tu macam pes ubat gigi. Tak keras. Lembut je. Bila makan, terasa ibarat biskut yang dicelup dengan coklat cair.

Harga: RM2.90
Kuantiti: 3 pek kecil

2. Dark Choc



Rasa biskut ni lagi berat berbanding perisa Original. Berat tu lebih kepada rasa coklat. Mungkin jenis coklat yang diorang guna untuk buat biskut-biskut ni tak sama.

Aku lebih suka perisa ni. Sedap. Makan pun tak muak walaupun rasa coklat tu berat. Topping coklat tabur kat atas biskut tu yang buatkan rasa coklat dan biskut tu lagi sedap.

Harga: RM2.90
Kuantiti: 3 pek kecil


Sekali nampak, macam biksut Chipsmore. Tapi bila makan, langsung tak sama rasa. Kalau Chipsmore, biskut tu kering sikit. Tapi biskut Lexus baru ni lebih moist. Bukan sebab topping coklat tapi adunan biskut tu sendiri yang buatkan tekstur jadi moist.

Post a Comment

10 Comments

  1. mmg nampak sedap.. nak belikan utk anak mama la

    ReplyDelete
  2. baru nak cakap, rupa macam chipsmore. tapi kalau rasa lain tu takpelah. ni kan zaman saman-menyaman. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Rasa tak sama. Ada keunikan tersendiri. Tapi dua-dua tetap best.

      Delete
  3. Dua-dua nie sedap.. Yang mixed nuts tu tak jumpa lagi untuk dicuba..

    ReplyDelete
  4. Nanti nak cuba yang ni jugalah

    ReplyDelete