Masa godek-godek kedai ECO kat Shopee, aku pelik. Setahu aku semua barang harga RM2.40 seketul. Tapi ada beberapa barang yang diorang baru masukkan, harga melebihi RM2.40. Barang RM20 pun ada.
Pelik bin ajaib. ECO Shop yang sinonim dengan dua ringgit, dah bertukar ke? Aku cuba contact staff diorang dan jawapan kat chat bubble tu lah yang diberi.
Sebab ECO Plus. Baru ku tahu. Katanya barang yang dijual kat outlet ECO Plus range antara RM5 hingga RM10. Setakat ni aku belum jejak lagi cawangan ECO Plus.
Aku tengok dalam page diorang kat FB. Barangnya lebih kurang style MR. DIY tapi lagi murah gitu. Bila wujudnya ECO Plus, harga barang diorang boleh markup. Tak macam ECO Shop, kalau nak naikkan harga, semua barang kena naik harga jugak. Genius jugak ECO ni ye.
6 Comments
Dah susah nak cari harga barang 2 ringgit
ReplyDeleteBetul Wak. Kedai legend yang akan tinggal kenangan.
Deletekena jadi bijak, pesaing banyak
ReplyDeleteItu lah. Pernah jugak nampak kedai lain yang jual barang RM2.
DeleteWow.. Dah makin ke depan..
ReplyDeleteMakin maju. Nanti semua keperluan rumah ada.
Delete