Umum tahu, disebabkan pandemik COVID-19, banyak perubahan yang berlaku, tak kira baik atau buruk. Selain kes kematian insan tersayang, peniaga kedai makan dan kedai pakaian antara mereka yang terima kesan yang teruk. Manakan tidak, bila dah lockdown, siapa yang nak keluar shopping lagi kan?
Tapi tak semua yang terima kesan buruk. Ada peniaga yang sales meningkat contohnya peniaga online. Bila dah tak dapat keluar rumah macam biasa, maka, cara terbaik adalah dengan beli barang online.
Nak keluar rumah pun waktu tu masih tak berani. Risau berjangkit. Public transport pun perketatkan SOP. Takde lagi bas yang biasa penuh dengan manusia macam ikan sardin dalam tin. Aku waktu tu tak berani nak bersesak dengan orang. Kalau ada duit lebih, better naik Grab atau naik kereta sendiri.
Peningkatan jualan kenderaan
Sumber: The Edge |
Mengikut data yang dikeluarkan oleh Persatuan Automotif Malaysia (MAA), terdapat peningkatan jualan kenderaan sebanyak 12.8% pada bulan Mac 2022 berbanding bulan yang sama tahun lepas. Manakala, jualan passenger vehicles (kereta, van, motosikal dsb) menunjukkan peningkatan ketara berbanding tahun lepas.
Masa | Jualan (unit) |
---|---|
Mac 2022 | 65 902 |
Mac 2021 | 58 498 |
Mungkin sekarang, ramai yang prefer untuk miliki kenderaan sendiri. Kereta contohnya, bukan lagi kehendak. Dengan pengangkutan awam yang terhad di beberapa buah negeri, miliki kereta sendiri dah jadi satu keperluan. Lagi-lagi bila dah kahwin, ada keluarga sendiri.
Buat kira-kira sebelum beli
Beli kereta bukan macam beli KFC. Rasa mengidam, terus beli. Aku tertarik bila tengok website CarPay. Untuk mereka yang nak beli kereta, kena lah tahu kos yang terlibat sama ada sebelum beli atau selepas beli. Contohnya macam mana nak tahu jumlah interest, tax dan jugak berapa kos minyak yang digunakan setiap hari.
Walaupun website ni fokus kepada rakyat US, tapi sekurang-kurangnya pengiraan dan ketelitian berkaitan pembelian kereta ni dapat membantu mereka yang nak beli kereta dan dalam masa sama nak jimat duit.
Link: Car Payment Calculator
Jadi, miliki kereta sendiri adalah keperluan. Memudahkan nak ke mana-mana tanpa perlu bergantung 100% pada public transport. Jarang guna kereta takde masalah. Boleh jadi back up bila kecemasan.
4 Comments
Bila dah ada kira²nya boleh rancang kewangan dan perbelanjaan.
ReplyDeleteBetul. Senang dan menjimatkan masa.
DeleteMemang kena rancang elok-elok sebelum beli dan seeloknya beli ikut kemampuan bukan kehendak.. Ramai yang tersalah percaturan bila terlalu mengikut kehendak ingin bergaya berbanding keperluan sewajarnya..
ReplyDeleteSetuju. Zaman sekarang bukan lagi waktu yang sesuai untuk bermewah-mewah. Elak terikut-ikut dengan lifestyle orang lain. Kalau ada duit lebih, better invest pada yang bawak untung kemudian hari.
Delete