Minat komik Ana Muslim? Sila singgah AEON Big Alamanda, Putrajaya.


AEON Big Alamanda dah berwajah baru sejak dua menjak ni. Sebelum PKP diorang pernah renovate dalam tu. Sekarang pun susun atur bahagian basah macam frozen food dan dairy dah berubah. Lebih ke arah susun atur market AEON pink tu. Lebih teratur dan senang nak tengok dari jauh.

Masa datang tadi, singgah bahagian buku dan stationery. Dulu tak silap area ni ada jual Komik-M. Tak lama lepas tu, Komik-M dah takde. Kalau ada pun, buku dan novel lama yang AEON Big jual dengan RM5 seketul. Mungkin cawangan sini tak ambil stok Komik-M.

Sekarang makin maju. Siap ada rak barangan Ana Muslim. Dari komik, majalah sampai lah merchandise. Peminat Ana Muslim mesti gembira bila masuk sini.



Tapi setakat beberapa kali aku singgah sini, stok selalu penuh. Macam tak bergerak. Takde customer atau tak ramai yang tahu kewujudan barang Ana Muslim kat sini?

Aku perasan, kat pintu masuk AEON Big, takde pulak diletakkan banner, bunting atau apa-apa medium untuk promote produk ni? Dalam risalah bulanan pun tak rasa pernah nampak. Macam mana customer nak tahu kan? Dah lah kawasan ni agak tersembunyi. Company Ana Muslim ni tak collab dengan AEON Big ke untuk buat promosi?

Harapnya entri aku ni dapat lah bantu peminat yang tercari-cari buku atau barangan Ana Muslim. Harga diskaun tu aku tak pasti lah. Yang pasti, ruang ni sangat banyak dengan produk Ana Muslim.

Post a Comment

4 Comments

  1. Baru tahu juga. Mungkin sebab baru lagi ada yang tidak tahu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah. Harap diorang pun promote dalam FB rasmi. Lagi mudah.

      Delete
  2. Alamanda dah jarang orang pergi sejak ada IOI. Or maybe orang beli online. Dulu-dulu memang femes Ana Muslim ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Ramai yang datang Alamanda pun sebab nak beli barang keperluan. Bukan melepak.

      Delete