Akhirnya berjaya jugak beli biskut Munchy's yang ketiga ni. Payah nak jumpa kat sini. Tempat lain tak tahu lah. Nak beli online seketul macam tak berbaloi pulak. Last-last masa singgah kedai kat stesen bas, jumpa jugak biskut kacang coklat ni.
Betul. Biskut ni sedap. Bagi aku, lagi sedap dari perisa Original dan Dark Choc. Rasa perisa Mixed Nuts ni lagi ngam. Ye lah. Gabungan kacang dan coklat, jarang tak menjadi kan? Tapi aku tak boleh selalu makan perisa ni. Risau jerawat beranak-pinak pulak kat muka nanti.
4 Comments
Kulit mudah naik jerawat, jangan kata kacang, makanan manis pun boleh jadi punca. Saya lama dah tak makan biskut gini. Huhu
ReplyDeleteBetul. Kulit sensitif banyak nak kena berpantang.
Deletebelum pernah ketemu lagi...
ReplyDeleteMungkin baru lagi. Payah nak muncul.
Delete