Pengalaman pergi pesta buku PBAKL 2022.


Alhamdulillah. Diberi rezeki untuk datang ke pesta buku terbesar kat Malaysia. Masa aku datang sini, dewan dan ruang legar penuh dengan manusia yang bergasak tak ubah macam ulat taik. Walaupun datang hari terakhir, feel berpesta tu tetap ada.

Besar dan banyak


Besar. Sangat besar. Aku mula-mula masuk Dewan Tun Hussein Onn. Penuh dengan buku yang disusun atas pallet mengikut island. Ada yang murah. Ada buku yang harga masih keras. Kalau buku lama, diorang jual dengan murah. Kalau buku baru, diskaun sikit je.

Ada paling ramai orang dalam Dewan Tun Razak 4. Mula-mula masuk pun dah terasa sesak. Berlaga bahu tak payah cakap lah. Semua main bedal. Aku datang sini dalam pukul 11.50 pagi. Memang dah ramai dengan lautan manusia.


Dalam dewan ni, bagi aku sangat best. Banyak kedai yang aku rasa, menarik tak kira golongan kanak-kanak mahupun dewasa. Aku macam biasa lah. Cari booth komik. Booth Gempakstarz ada kat pintu masuk. Waktu ni pun ramai sangat orang kat sini. Ada yang tengah pilih buku, ada yang tengah beratur tunggu nak dapatkan autograf pelukis.

Banyak buku murah


Gempakstarz pemurah giler waktu ni. Banyak buku murah tak kira buku lama atau buku baru. Buku baru yang harga RM12 jadi RM10. Buku dijual bundle pun murah. Sepatutnya harga melebih RM60 tapi diorang jual RM30.




Lepas bayar, dapat beberapa merchandise percuma. Aku dapat beg X-Venture warna merah. Tapi aku tak berapa berkenan dengan sorang perempuan yang jaga cashier sini. Terus bagi aku beg tu tanpa tanya aku. Padahal pembeli boleh pilih beg.

Aku perasan ada merchandise dalam beg plastik kat kaunter. Macam bookmark Lawak Kampus. Tapi staff tu takde inform aku pun. Last-last, masa beratur untuk sesi autograf, aku tanya staff Chinese sebelah aku. Katanya merchandise tu aku boleh dapat sebab sesiapa yang beli barang kat Gempakstarz, akan dapat merchandise tu. Dia pun bagi aku satu. Geram betul aku dengan staff perempuan tadi. Nasib aku tanya. Kalau tak, melepas aku nak dapat. 😤

Sesi autograf Gempakstarz


Sora dan Joey aka Dreamer.

Aku beratur sebab nak dapat autograf Dreamer. Ingat tak lagi aku ada review pasal komik Le.Gardenie: Love Note? Diorang berdua ni lah pelukis komik tu. Katanya diorang datang dari Kelantan. Ni first time aku tengok diorang. Selalunya diorang hanya reveal muka dalam bentuk avatar.

Masuk ruang PTS


Sini, tak ramai sangat. Mungkin sebab kawasan yang lebih besar dan terbuka. Aku cari komik baru Ben Wong dan Budak Takraw Plus. Dapat harga diskaun. PTS bagi 15% diskaun. Boleh je nak beli dalam Shopee tapi aku beli kat PBAKL ni pun sebab nak buat kenangan. Bila lagi boleh datang sini kan?


Sini pun staff tak alert. Nasib aku tanya dia ada lagi ke tak poster atau apa-apa merchandise. Kalau aku tak tanya, aku yakin dia tak bagi aku pun. Jadi, pengajaran untuk semua termasuk aku, sentiasa ringankan mulut bertanya.

Booth Bekazon paling sempoi


Kat sini lebih moderate. Nak kata ramai, tak. Nak kata sikit, tak jugak. Kebanyakan buku kat sini takde harga diskaun. Lagi-lagi buku baru. Harga masih keras. Aku tak beli pun buku baru tu. Tak cukup bajet.

Nik dan Lambok.

Gayour dan Sagu.

Kat meja tepi booth, ada 4 orang kartunis tengah bagi autograf untuk peminat. Aku tak bawak pulak buku dari rumah yang aku baru beli. Sebab takde buku apa yang bolehkan aku guna untuk dapatkan autograf, maka, aku beli lah majalah Bekazon. RM10 dapat 3. Murah kan?

Kat sini ada Lambok, Nik, Sagu dan Gayour. Bagus diorang rajin beramah mesra dengan peminat. Aku tanya lah Lambok ni kenapa majalah Bekazon dah takde sambungan. Kata dia, sebab sales kureng. Aku faham. Somehow, majalah ni masih ada vibe yang sama macam Ujang dan Apo? walaupun Bekazon ni cuba perkenalkan teknologi dalam majalah ni aka hybrid. Pembaca boleh scan QR code untuk dapat info lanjut atau untuk dengar bunyi kesan khas waktu baca.

Aku suka je baca Bekazon. Cuma aku tak suka implementasi hybrid ni. Sepatunya buat lebih interaktif dan menarik. Contohnya kalau nak tahu ending sesebuah cerpen, pembaca boleh scan QR code dan boleh tahu kisah tu dalam bentuk kartun. Baru lah hybrid kan? Kartun tu pulak, buat lah versi webtoon. Yang baca panjang dari atas sampai bawah. Baru menarik. Kena dengan teknologi semasa.

Jumpa Syed Saddiq dan Dr. Maszlee Malik


Masa nak balik, ternampak pulak Syed Saddiq tengah cakap apa entah kat satu booth ni. Ramai manusia berkerumun. Aku tak berminat nak join.


Masa OTW keluar dari situ, ternampak Dr. Maszlee Malik jalan laju-laju. Kalau dia jalan slow, aku tergur je. Aku cam walaupun dia pakai face mask. Dia antara menteri (bekas) yang aku suka dengan kesungguhan dia dalam atasi masalah dalam pendidikan. Tapi sayang. Bukan semua yang suka dengan cara dia.

Overall


Tak banyak booth atau reruai pun aku singgah. Terlalu ramai manusia. Sampai berlaga bahu. Seolah-olah kebal penyakit. Dalam pukul 2 petang, aku chow dari situ.








Menarik? Bagi aku agak menarik. Ada booth yang bagi diskaun gila-gila. Ada yang tak. Maka, booth tersebut lebih lengang berbanding booth lain yang bagi banyak diskaun. Sepatutnya, stok yang tinggal tu, jual lelong je lah. Last day kan? Bagi pecah rekod jualan. Aku yakin diorang tak rugi pun. Untung lagi lah. Dapat clear stok lama yang dah berkurun dalam gudang.

Post a Comment

12 Comments

  1. Semua tungu pesta buku untuk dapatkan tawaran percuma dan potongan harga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah. Nasib baik kalau jumpa booth yang banyak promo.

      Delete
  2. Dubook tu terbit buku underground. Kira saingan kepad The Patriots. ahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat ni belum pernah baca lagi buku dari company ni.

      Delete
  3. Ada lagi Gayour. Hehe tidak ikuti majalah lepas Apo.
    Pergi hujung minggu memang ramai.
    Akak pergi pada hari biasa dan orang terawal. Ahaks mass itu baru buka, ada buku belum letak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada. Mungkin tak seaktif macam zaman Ujang, Apo? dan Bekazon.

      Itu lah. Best sebenarnya pergi time tak ramai orang. Boleh lama sikit jalan-jalan dalam tu.

      Delete
  4. demi minat sanggup datang ye. hehe. rezeki lah tu. saya yang dekat pun tak sempat pergi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebetulan ada masa dan duit. Kalau tak, memang tak pergi pun. 😂

      Delete
  5. Seronok bila dapat pergi tempat yang mewah dengan naskah² macam ni. Dulu pernah pergi sekali. Bahagia lain macam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Tapi ni sesak lain macam. Masa masuk pun risau kena penyakit.

      Delete
  6. hi boleh tak saya nak gunakan content blog ni sebagai reference untuk assignment saya?

    ReplyDelete