Pengalaman shopping di Mydin Mall Tunjong, Kelantan.


Cerita lama. Tapi baru sempat nak buat entri. Puasa lepas sempat singgah Mydin Mall terbesar kat Malaysia. Lokasi Mydin Mall ni kat Tunjong. Dekat je dengan bandar Kota Bharu.

Aku datang awal pagi. Tapi tak sampai tengah hari, dah ramai orang. Mungkin sebab waktu tu cuti hujung minggu. Maka, ramai manusia yang datang walaupun baru seminggu puasa.

Mydin Mall ni ternyata besar. Tapi kedai tak sebanyak AEON Mall Kota Bharu. Kedai kat sini biasa-biasa je. Takde lah butik-butik pakaian atau kedai makan golongan kayangan. Mydin kan? Tak boleh nak expect lebih.

Aku datang sini pun sebab nak masuk dalam pasar raya Mydin. Nak beli barang basah sikit. Sambil tu, boleh usha apa yang ada kat sini. Ada lot kedai yang masih belum bukak. Kedai makan pulak tak bukak waktu pagi. Katanya petang baru bukak. Bulan puasa kan.

Pandangan dari lif transparent.

Ruang parkir. Banyak lagi tapi ni view dari lif.

Booth jualan raya.

Booth jualan raya jugak. Belah lain.

Aku tak tahu aktiviti apa diorang buat waktu ni.

Sudut mural Kelantan dan sejarah Mydin.

Gambar kedai zaman dulu.

Cantik lukisan dia.

Kedai Mek Bunga. Siap ada prop motor pink lagi tu. DSV punya ke?

Pok Ya jual sayur dan buah ditemani monyet.

Aku tak pasti siapa Che Awang. Mungkin legend kat Kelantan.

Booth barang kulit.

Booth phone.

Kedai Tatsumaki. Jual pakaian dan aksesori.

Ada banyak sales kat sini. Baju anime pun ada.

Pintu depan pasar raya Mydin.

Komik autobiografi Mydin karya Ben Wong.

Buku autobiografi Mydin. Kisah Mydin dari awal sampai sekarang.

Tempat pencinta buku. Tapi kebanyakan buku kanak-kanak.

Ruang belakang. Gudang yang jual barang borong.

Makanan dan minuman yang boleh beli dengan harga borong.

Pameran lukisan kat tingkat atas.

Majalah dan komik. Aku sempat beli beberapa ketul.

Lagi majalah dan komik.

Lukisan untuk dijual.

Promo raya dah start walaupun baru seminggu raya. Banyak kedai kat luar yang buat promo dan siap gantung perhiasan sempena raya. Aku tak singgah. Takde plan nak keluarkan duit beli barang raya.

Sekarang, aku tak tahu macam mana keadaan Mydin Mall ni. Mungkin banyak kedai yang dah bukak. Kat sini belum ada butik pakaian yang selalunya setiap mall ada: F.O.S dan Padini. Butik yang lagi mahal pun takde kat sini. Nak tak nak, kena singgah AEON jugak.

Bagusnya Mydin, barang-barang dalam pasar raya dia lagi murah dari AEON dan Lotus's. Jadi, kalau nak beli barang basah atau keperluan harian, seeloknya singgah Mydin.

Post a Comment

10 Comments

  1. tak pernah sampai lagi. InshaAllah balik raya haji nanti kalau sempat boleh pergi Mydin Tunjong

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap waktu tu dah banyak kedai buka. Boleh singgah lagi.

      Delete
  2. Mydin terbesar kat Msia nie.. balik kelantan nnt nk pergi jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Suka masuk dalam pasar raya sini. Boleh tahan besar.

      Delete
  3. cantik mural tu. boleh jadi port OOTD.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Kalau ada member, boleh sama-sama OOTD. Kalau sorang, segan pulak. 😅

      Delete
  4. Cantiknya mural tu.. Kalau terlajak ke sini, boleh singgah dan bergambar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah. Tempat bergambar ni. Ramai yang siap posing kat sini. 😆

      Delete