Resepi air blue lemon mudah guna sirap Blue Ros.


Bila dah lama tak pergi pasar malam plus bazar Ramadan pun dah lama berlalu, terasa pulak nak minum air soda biru tatkala cuaca kering-kontang. Tekak pun ikut kering.

Ros biru dan limau bali. Perisa yang jarang nampak.

Punya lah gigih pergi cari bahan kat kedai. Masa masuk Mydin, terjumpa pulak sirap Blue Ros. Cap Layang-Layang. Maka, aku beli lah satu. Ingat nak guna esen warna biru tapi alang-alang dah jumpa sirap biru ni, nak cuba lah macam mana.

Item Harga
Sirap Blue Ros RM1.99
Air cream soda Hausboom 1.5 L RM1.95
Lemon RM1.20

Guna 3 bahan je. Jimat. Harga 3 bahan ni pun bukan mahal. Boleh buat banyak kali. Rasa pun sesedap tekak menelan. Lagi-lagi bila air tu sejuk. Kalau tak nak tambah ais, boleh taruk siap-siap botol air soda dalam peti sejuk.


Guna sirap ni memang lain rasanya dengan guna esen. Rasa sirap bagi aku, lagi wangi. Ibarat guna sirap ros yang selalu orang buat sirap bandung tu. Rasa sebijik sama cuma warna je yang lain.

Post a Comment

14 Comments

  1. Macam best je. Tak ada ke saiz kecik punya. Takut la beli saiz besar ni nanti hari2 nak minum manis2 hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali ni je minum. Tak boleh selalu sebab air berkarbonat.

      Delete
  2. OK, baharu tau. Harap jumpa dan boleh beli ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau jumpa kena info. Payah nak jumpa kat kedai ni.

      Delete
  3. sekali-sekala layan craving kan. hari tu ada minum air macam ni masa jamuan raya. memang sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Jangan selalu nanti tak pepasal perut pulak jadi mangsa. 😂

      Delete
  4. tentunya menyegarkan tekak yang dahaga

    ReplyDelete
  5. dulu masa muda mama suka buat air biru skrg senang la ada ros biru ni

    ReplyDelete
  6. Menarik tu.. something different

    ReplyDelete
  7. Baru tahu ada ros biru.. nak kena cari juga nie.. kikiki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah. Tapi sirap ni payah nak jumpa. Kat dalam mall pun takde.

      Delete