Siri animasi Lawak Kampus yang ditunggu-tunggu kipas-susah-mati.


Pasti peminat setia Lawak Kampus suka betul bila dapat tahu yang kartun komik kegemaran diorang akan diadaptasi ke dalam bentuk animasi TV. Bukan senang nak tengok karakter komik Gempakstarz dalam bentuk animasi.

Dulu masa zaman kegemilangan Gempakstarz, pernah jugak diorang hasilkan games dalam bentuk Java. Waktu tu kan smartphone tak glamour lagi. Ramai yang pakai phone bukan jenis smartphone.

Banyak jugak games yang Gempakstarz hasilkan sama ada Java mahupun games Android. Antaranya Lawak Kampus: Spot Check, Lawak Kampus: Dimension Drift, Gempak All Starz 2008, Lawak Kampus: MathemaDice dan Kaoru's Cake House.



Siri animasi Lawak Kampus dihasilkan oleh Lil Critter Workshop. Tak banyak info pasal syarikat ni. Katanya diorang pakar dalam membangun dan hasilkan kandungan animasi 2D.

Kalau tengok kartun yang diorang buat, boleh tahan cun. Macam style kartun US. Pergerakan pun tak macam robot. Harap animasi Lawak Kampus pun akan cun jugak nanti.


Semoga terciptanya animasi Lawak Kampus dapat buatkan industri kartun animasi 2D kat Malaysia naik macam suatu ketika dulu. Zaman Usop Sontorian, Keluang Man, Anak-Anak Sidek, Kampung Boy dsb. Semua bersaing untuk buat animasi 2D. Walaupun dulu nampak macam robot, tapi harapnya dengan teknologi dan sumber yang ada sekarang, dapat bantu industri animasi tempatan untuk terus berkembang.

Sumber: Website | Facebook

Post a Comment

10 Comments

  1. Sabar menanti siri kartun Lawak Kampus ;)

    ReplyDelete
  2. tak sabar nak tengok. harap kelakar macam komik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Komik pendek dan kelakar. Macam mana lah versi animasi nanti nak buat macam tu.

      Delete
  3. wah... nnt nk bgtau #theIMANs ni... komik tiap bln mst beli

    ReplyDelete
  4. Wah.. Seriuslah.. Nak kena bagi tahu anak Sha ni.. Dia peminat komik ini..

    ReplyDelete