Nak jadi advisor atau penasihat dalam sesebuah komik atau majalah komik bukan mudah sebenarnya. Kena tahu secara menyeluruh pembikinan komik tu sendiri termasuk kerja teknikal sampai lah pemasaran komik.
Aku selalu jugak baca komik yang ada beberapa muka surat tambahan yang selalunya dijadikan column atau ruangan informasi dsb. Komik pesen ni dipanggil majalah komik. Contohnya macam majalah komik Upin Ipin, Awang Khenit, BoBoiBoy, Puteri Durian, Gila-Gila, Ujang, Apo? dan Bekazon. Ada beberapa komik yang aku boleh bagi A+ dan ada beberapa komik yang aku kategorikan sebagai cincai.
Dulu masa zaman kegemilangan komik kat Malaysia, macam-macam strategi setiap company nak bagi laku produk yang diorang jual. Harga tak boleh nak up lebih-lebih. Nanti takde orang nak beli sebab persaingan banyak sangat.
Sekarang, dah tak banyak majalah komik kat pasaran. Banyak company gulung tikar. Kalau ada pun, diorang fokus buat pesen komik normal tu macam Komik-M dan Gempakstarz. Takde dah majalah komik yang diorang hasilkan macam dulu. Boleh ke revive semua tu zaman sekarang ni? Kalau ada kemahuan, pasti ada jalan penyelesaian.
Perkara asas dalam majalah komik
1. Free gift atau cenderahati.
Pelbagai free gift dan cenderahati percuma. |
Komik dan cetak rompak berpisah tiada. Dari dulu lagi. Sejak zaman kegilaan Internet. Salah satu sebab kejatuhan industri komik Malaysia pun adalah disebabkan cetak rompak. Pengguna yang tak bertamadun scan dan upload komik dalam bentuk PDF kat Internet. Ramai pulak yang duk download. Benda free kan?
Nak elak masalah ni simple je. Setiap kali keluaran, sertakan satu barang percuma. Barang yang akan dapat bila pembaca beli sesebuah keluaran. Next keluaran, barang lain pulak. Contohnya boleh bagi kad, poskad, alat tulis, sticker, poster dan macam-macam barang yang tak mampu para lanun scan dan upload. Secara langsung, pembeli akan terus beli komik sebab nak kumpul barang tu. Boleh dijadikan koleksi.
2. Gunakan muka surat tambahan secara optimum.
Maklumat tambahan mengenai cerita dalam komik. |
Setiap muka surat sangat berharga. Maka, masukkan info penting dalam tu. Bukan info yang selalunya boleh diakses dalam Internet. Contohnya komik di atas. Pasal polis. Jadi, dalam muka surat tambahan, kena lah ada info pasal polis. Banyak kot info. Atas rajin dengan malas nak cari je sebenarnya.
Lagi bagus kalau setiap keluaran disertakan sekali dengan info setiap karakter secara terperinci. Tak pun, buat satu buku kecik atau manual yang ada info setiap karakter. Aku sebagai pembaca, nak sangat tahu semua info tu. Jarang komik nak buat pasal ni.
Kalau komik tu untuk kakak-kanak, jangan pulak kau sibuk nak buat column tambahan pasal masak-masak. Pasal resepi. Logik akal lah sikit. Budak-budak mampu ke nak masak rendang, kari kepala ikan atau gulai kawah?
Nak buat column resepi sekalipun, biar lah kena dengan cerita dalam komik tu. Contohnya ada scene karakter cerita tu makan nasi lemak. Haa. Buat lah resepi pasal nasi lemak. Kalau tak pun, buat info pasal nasi lemak. Asal-usul atau kelebihan nasi lemak. Simple as that. Kerahkan sikit tenaga tu.
3. Kuiz dan pertandingan.
Contoh pertandingan yang boleh dihasilkan. |
Wajib ada untuk setiap majalah komik bulanan. Benda ni bukan je dapat tarik perhatian pembaca untuk beli, tapi dalam sama, dapat hargai pembaca yang terus beli produk tu. Alah. Setakat bagi beberapa hadiah macam komik atau cenderahati percuma kepada pemenang, takde makna syarikat akan jatuh muflis. Apoo.
4. Komunikasi dua hala.
Ruangan soal jawab (Q&A). |
Aku suka sangat bila ada majalah komik yang macam ni. Banyak bentuk komunikasi yang boleh buat. Komunikasi ni penting. Pembaca boleh berinteraksi sendiri dengan pelukis atau team yang buat majalah komik tu.
Contohnya ruang surat-menyurat (fizikal atau emel) dan sesi Q&A peminat. Dulu aku suka baca majalah Ujang sebab pertama sekali, aku akan belek ruangan Q&A untuk tahu beberapa info penting sambil gelak setan.
5. Harga yang munasabah.
Harga yang berpatutan. |
Kalau nak letak harga, jangan lah letak ibarat boleh pergi haji balik hari. Biar lah logik dan berpatutan. Sekarang nak cari majalah komik yang harga bawah RM4 pun mustahil. Purata harga RM8 hingga RM10. Kalau nak letak harga mahal sekalipun, macam aku info, sertakan lah sekali beberapa free gift. Kalau tak, jangan salahkan pembaca kalau sokong cetak rompak.
6. Kolaborasi dengan sekolah atau institusi pendidikan.
Roadshow dan lawatan ke sekolah. |
Pernah ada beberapa syarikat komik yang kolaborasi dengan sekolah. Ada yang siap buat roadshow lagi. Bawak maskot untuk tarik minat pelajar. Sekolah lagi suka. Dapat galakkan pelajar untuk membaca. Zaman sekarang, boleh tengok sendiri kat pustaka awam atau sekolah. Berapa kerat je pelajar yang datang membaca.
Komik sekarang tak sama macam dulu. Lebih berinformasi. Komik-M contohnya. Antara komik yang disyorkan oleh cikgu-cikgu.
7. Tubuhkan creative team yang berkualiti.
Dalam mana-mana buku, majalah atau komik, creative team sangat penting. Team ni lah nanti yang akan bertanggungjawab untuk cipta sesuatu bagi tingkatkan mutu naskhah yang bakal dijual.
Continuous improvement sangat penting. Jangan duk goyang kaki maintain benda sama. Setiap keluaran, perlu ada sesuatu yang istimewa dari keluaran sebelumnya.
8. Pemilihan font dan kesalahan ejaan.
Banyak komik dan majalah komik yang ada sekarang, out dari segi font. Pemilihan font yang sesuai sangat lah penting untuk bagi pengalaman membaca yang menyeronokkan. Aku suka font yang Komik-M guna dalam dialog. Gempakstarz pun cantik font. Simple dan nampak formal. Tapi tak semua komik. Ada komik yang mash lagi menyedihkan. Font tunggang-langgang. Nak baca pun berserabut.
9. Kualiti kertas.
Kertas yang melekat buatkan mood membaca terganggu. |
Tang ni aku takde kompromi. Aku paling geram bila ada majalah atau komik yang guna kertas glossy licin. Alah, kalau beli majalah resepi, mesti perasan kertas yang digunakan tu bukan macam kertas A4 yang selalu kita guna untuk print kan?
Kenapa tak boleh guna kertas glossy? Sebab kertas pesen tu mudah melekat. Bila letak kat kawasan lembap sikit, mula lah nak melekat. Kalau kena air, lagi lah naya.
Secara amnya kertas ni tak serap air. Kalau air menitis atas kertas tu pun, boleh cepat-cepat lap. Takde lah air terus meresap dalam tu. Tapi bila dibiarkan basah, lama-lama kertas tu akan melekat jugak.
Paling tak best bila nak simpan dalam jangka masa panjang. Kertas pesen ni bila lama tak dibuka, selalunya akan melekat. Kalau kertas glossy yang berkualiti tinggi, takpe lah. Tapi ada ke company yang sanggup labur duit semata-mata kertas glossy ni? Kang tak pepasal naik harga pulak.
Guna je kertas biasa. Jimat. Komik sekarang ada yang pakai kertas kuning (warna coklat kekuningan) dan kertas putih. Bergantung. Mana-mana jenis kertas ni pun boleh. Nak nampak premium, guna kertas putih. Nak bagi ada kesan nostalgic, guna kertas kuning.
Hire me, MASTA!
Jadi, ada nak hire aku sebagai penasihat? Aku alu-alukan sangat demi kebaikan bersama. Aku kalau bab complain ni nombor satu. Kalah Diva AA. Tapi takde lah sampai tahap OCDC. Aku tak suka sesebuah karya dihasilkan tanpa diteliti betul-betul sebelum publish. Nak buat, biar lah berkualiti. Biar sampai 100 tahun akan datang pun orang tetap akan cari.
10 Comments
Pergh!! Terbaiklah perkongsian ini.. semoga encik dilantik menjadi penasihat majalah komik.. Memang ada sesetengah tu mahal je lebih, kualiti out..
ReplyDeleteAmin. Betul tu kak. Stress baca majalah komik macam tu. Beli ingatkan ada konten yang menarik. Alih-alih, recycle benda sama.
DeleteLama sangat-sangat tak beli komik. Dulu kalau tak beli sendiri, mesti abang-abang sepupu beri mereka punya koleksi.
ReplyDeleteSama lah. Dulu pun kakak yang selalu beli. Saya jadi pembaca setia. 😆
Deletedulu pengumpul tegar Ujang dengan Gila-Gila. Majalah komik Gila-Gila rasanya yang ada kuiz bergambar tu. Tapi sebab semua tu simpan dekat kampung, habis dah kena makan dengan anai-anai hihu
ReplyDeleteSekarang ramai yang kumpul balik majalah komik lama-lama. Sebab dulu punya kualiti lagi better. Baca pun boleh gelak sorang-sorang.
DeleteKalau Gila-Gila sekarang banyak lagi cerpen pendek, informasi tentang kartun. Cuma masalahnya kartun ulangan dari Gila-GIla terdahulu. Kartunis tak ramai seperti dulu. Maybe banyak ke arah underground. Tapi underground kartunis mula terbit Majalah sendiri dengan kos sekarang agar mahal. huhu. Bila2 Naim share dekat blog la. haha. Nak tulis rasanya panjang sangat haha
ReplyDeleteBetul. Mungkin idea dah kering atau ada kekangan lain. Sekarang banyak syarikat penerbit komik. Nak jadi kartunis underground memang payah nak pergi jauh. Nak tak nak, kena ada kerjasama atau kerja dengan syarikat besar. Even pelukis terkemuka macam Ben pun masih kerja dengan PTS.
Deletesemoga tercapai cita-cita nak jadi comic advisor. Samalah, suka baca ruangan Hoi Pak cik Din tu walaupun tahu jawapan dia selalu tak munasabah.
ReplyDeleteKann. Jawapan tak logik tapi itu lah yang buatkan kita gelak.
Delete