Top 10 drama Korea yang berbaloi ditonton.


Seingat aku, mula tahun 2002, drama Korea jadi kegilaan rakyat Malaysia. Lagi-lagi bila bermula dengan tayangan Winter Sonata kat TV3. Rating TV3 waktu tu aku pasti mencanak naik. Ye lah. Dulu tak semua mampu nak tengok online. Internet mahal dan slow. Kalau tengok kat TV3, siap ada subtitle BM lagi.

Ni antara drama Korea yang aku tengok dan aku kategorikan sebagai best dan berbaloi luang masa untuk tengok. Mungkin ada antara drama ni cukup terkenal, mungkin jugak dipandang sepi oleh rakyat Malaysia.

1. Autumn In My Heart (2002)



Drama Korea kedua yang aku pernah tengok (selepas Winter Sonata). Episod pertama drama ni pun dah buatkan aku bergenang air mata. Kisah pasal dua beradik yang dipisahkan sejak kecil. Puncanya tertukar bayi masa kat hospital.

Drama ni memang mampu buatkan air mata bercucuran. Kesian Eun Suh yang ditinggalkan keluarga (angkat) dia atas alasan untuk kebaikan bersama. Bila jumpa semula waktu dah besar, tup tup dapat tahu dia ada leukemia.

Genre: Romantik sedih
Stesen TV: TV3
Tayangan asal: 2000 (Korea)

2. Present (2003)



Drama ni bukan drama top atau pilihan rakyat Malaysia macam Winter Sonata, yang jadi bualan semua. Tapi drama ni ada keistimewaan tersendiri.

Antara drama Korea yang ditayangkan kat Malaysia yang ketengahkan pasal kekeluargaan. Kisah Hye Jin yang tinggal bersama keluarga besar: 5 orang adik. Semua ni anak angkat yang ayah angkat dia, Sun Jae jaga dari kecil.

Macam-macam kerenah yang adik-adik dia buat. Tapi seronok layan. Ada part sedih, ada part happy. Aku ingat lagi ada sorang adik dia yang tidur terkencing atas tilam. Esoknya, ayah dia denda kena pergi rumah jiran (kawan baik Hye Jin) dan mintak garam.

Genre: Kekeluargaan
Stesen TV: TV3
Tayangan asal: 2002 (Korea)

3. Snowflakes (2003)



Drama tayang waktu petang masa bulan puasa kat TV2. Aku tertengok pun masa bukak TV waktu tu. Best cerita ni. Kisah perempuan yang suka kat abang ipar dia sendiri.

Yeon Wook ni anak yatim piatu. Tinggal dengan kakak dia dari kecik. Bila kakak dia kahwin, dia tinggal sekali satu famili. Abang ipar dia tu terlalu baik. Buatkan Yeon Wook jatuh cinta.

Beberapa tahun kemudian, kakak dia dah ada anak dan Yeon Wook pun dah kerja sebagai polis. Tapi lepas balik shopping dengan kakak dia, kakak dia dilanggar kereta. Tak lama lepas tu kakak dia meninggal dunia.

Lepas tu, hidup Yeon Wook makin sedih. Dia tak dapat jaga anak buah dia sebab famili abang ipar dia yang ada hak untuk jaga. Kesian sangat. Takde tempat bergantung lepas kakak dia meninggal dunia.

Genre: Romantik komedi + sedih
Stesen TV: TV2
Tayangan asal: 2003 (Korea)

4. Miss Kim's Million Dollar Quest (2005)



Lepas balik sekolah waktu petang, aku terus bukak TV sebab nak tengok drama ni. Kisah Eun Jae aka Miss Kim yang pasang niat nak jadi jutawan. Untuk buktikan kat bekas tunang dia yang dia mampu berjaya.


Terjumpa dengan Mu Yeol. Anak orang kaya tapi jadi susah lepas ayah dia diisytiharkan muflis. Dia dan Miss Kim berganding bahu buat macam-macam kerja sebab nak kumpul duit.

Genre: Romantik komedi
Stesen TV: TV2
Tayangan asal: 2004 (Korea)

5. Stained Glass (2005)



Antara drama Korea yang lawa dari segi sinematografi. Tone warna dan setiap scenery sangat cantik. Ngam pulak dengan tone skrin TV2 yang lebih tenang.

Kisah 3 sahabat baik yang tinggal kat rumah anak yatim: Dong Joo, Ki Tae dan Ji Soo. Lepas Dong Joo mati lemas, Ki Tae dan Ji Soo membesar bersama.

Bila dah dewasa, Ki Tae dan Ji Soo jadi pasangan kekasih walaupun hati Ji Soo masih lagi kat Dong Joo. Banyak konflik kekeluargaan dan persahabatan. Lepas kenal dengan sorang mamat Jepun ni, diorang dapat tahu rupa-rupanya mamat tu Dong Joo.

Genre: Persahabatan, romantik sedih
Stesen TV: TV2
Tayangan asal: 2004 (Korea)

6. Sad Sonata (2006)



Antara drama Korea TV2 yang ramai kawan sekelas aku layan. Kisah gadis buta yang dicintai oleh 2 orang lelaki.

Mulanya Hye In tinggal dekat dengan rumah Jun Yeong. Disebabkan Hye In ni buta, Jun Yeong lah yang banyak tolong dia. Tapi lepas mak cik Hye In kahwin dengan askar Amerika dan pindah kat sana, Hye In dan Jun Yeong terpisah.

Beberapa tahun kemudian, Jun Yeong pergi Amerika dan berkawan baik dengan Gun Woo. Tapi dia tak sangka kekasih Gun Woo tu rupanya kekasih dia, Hye In yang dah dapat melihat lepas Gun Woo biaya kos pembedahan.

Drama ni mulanya dilakonkan oleh Song Seung Hun sebagai Gun Woo. Tapi sebab dia kena join ketenteraan kat Korea, watak dia digantikan oleh Yeon Jung Hoon.

Genre: Persahabatan, romantik sedih
Stesen TV: TV2
Tayangan asal: 2005 (Korea)

7. You're Beautiful (2009)



Aku tengok drama ni pun sebab kakak aku yang bagitau. Antara drama Korea yang aku tengok banyak kali pun tak bosan. Setiap episod ada je lawaknya.

Kisah Go Min Nyu yang terpaksa menyamar jadi lelaki untuk join band A.N.JELL sebab abang dia, Go Min Nam cedera teruk dan ambil masa untuk pulih.

Genre: Romantik komedi
Stesen TV: Online
Tayangan asal: 2009 (Korea)

8. Pinocchio (2014)



Drama pasal kehidupan wartawan stesen TV. Kisah Choi Dal Po dan Choi In Ha yang membesar bersama dan lepas tamat sekolah, diorang jadi wartawan.

Drama ni bagi aku sangat real. Kena dengan situasi semasa. Wartawan yang disogok oleh golongan kayangan dan pak menteri untuk tutup segala perilaku jahat diorang. Yang jadi mangsa, rakyat marhaen yang tak bersalah.

Genre: Romantik komedi
Stesen TV: Online
Tayangan asal: 2014 (Korea)

9. Penthouse (2020)



Antara drama Korea yang penuh dengan saspens dan plot twist. Drama ni ada 3 musim. Tapi aku tengok sampai pertengahan musim ke-2. Tak larat nak teruskan sebab banyak sangat plot twist.

Kisah Oh Yoon Hee, rakyat marhaen yang hidup sederhana dengan anak dia, Bae Ro Na. Anak dia selalu dibuli oleh anak-anak orang kaya yang tinggal kat bangunan Penthouse, tempat golongan kayangan tinggal.

Banyak benda terjadi: penculikan, pembunuhan dsb kat sini. Ada pihak yang baik, ada yang jahat. Masing-masing berlumba untuk jadi terbaik dan dapat tinggal dalam Penthouse, aras paling tinggi bangunan tu.

Genre: Thiller
Stesen TV: Online
Tayangan asal: 2020 (Korea)

10. He Who Can't Marry (2022)



Aku baru tengok drama ni online. Jalan cerita yang best pada mulanya. Kisah lelaki antisosial berumur 40 tahun, Jo Jae Hee. Dia ni tak suka campur urusan orang lain dan lebih suka buat kerja sendiri. Walaupun dia arkitek yang berjaya dan ada kehidupan yang sempurna tapi sikap self-centered atau pentingkan diri dia tu, tak disenangi ramai.

Bila dapat jiran baru, baru lah dia mula ambil tahu perkara sekeliling dia. Drama ni aku suka dari awal sampai tengah. Episod akhir aku tak suka. Seolah-olah team yang buat drama ni nak tamatkan drama ni secepat yang mungkin.

Genre: Romantik komedi
Stesen TV: Online
Tayangan asal: 2009 (Korea)

Extra: What Happens to My Family? (2019)



Aku pernah tengok kat Astro. Channel KBS World. Masa tu dah tengah episod. Best. Drama ni antara drama panjang. Ada 53 episod. Duk pulun layan. Berbaloi tengok. Setiap episod takde yang tak best. Antara drama yang berjaya kembangkan karakter setiap watak dengan jayanya. Kat Korea, drama ni berjaya catat purata rating nombor satu sepanjang tayangan.

Kisah Cha Soon Bong, tauke tofu. Dia mampu besarkan 3 orang anak dia dengan menjual tofu dari muda. Tapi bila dah besar, anak-anak dia 3 orang tu seolah-olah lupa jasa dia. Sorang malu sebab dia jual tofu (anak kedua), sorang tak suka bila asyik ditanya pasal kahwin (anak sulung) dan sorang lagi malas kerja, malas cari duit sendiri (anak bongsu).

Disebabkan anak-anak dia tak kenang budi, Cha Soon Bong terpaksa saman 3 orang anak dia. Tapi semua tak mampu bayar saman. Jadinya, Cha Soon Bong buat cara lain. Kalau anak-anak dia tak dapat bayar saman, diorang kena ikut apa yang dia suruh.

Genre: Kekeluargaan, romantik komedi
Stesen TV: Astro, online
Tayangan asal: 2014 (Korea)

Post a Comment

8 Comments

  1. saya rasa antara semua tu, nombor 1, 8, dengan 9 je saya pernah tengok..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Drama yang menang anugerah tu. Antara drama terbaik sepanjang zaman. 😆

      Delete
  2. pernah tengok AIMH je dan itulah drama korea pertama ammi tengok.
    tahun 2022 baru terhegeh2 tengok drama korea dan skrg tengah tengok chocolate.

    tp macam sama je sofar drama yang ammi tengok..balik-balik keluarga kaya dengan perempuan miskin.
    yg lain so far adalah its ok not to be ok je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Drama Korea pun banyak yang pesen sama. Sama jugak macam drama Melayu. Anak orang kaya dengan masalah rumah tangga memang tak boleh lari.

      Delete
  3. pernah tengok Autumn tu je sebab minat Won Bin. Korean drama not my cup of tea terutama cerita cinta. Tapi macam Squid Game dan The Silent Sea saya suka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak tengok drama pasal game atau survival, boleh tengok drama Jepun. Diorang banyak buat drama genre ni.

      Delete
  4. Kesemua drama tu tak pernah tengok.. Hehehe.. Genrenya bukan kegemaran.. Yang no 7 tu adalah tertengok klip klip pendek dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. 7 tu best. Santai je tengok. Dulu saya layan je mana-mana drama Korea asal pelakon tak over dan cerita tak merapu-rapu.

      Delete