Ulasan komik RED RAiN oleh Frog dan Samu.


Komik berunsurkan pahlawan Melayu atau zaman dulu kala tak asing lagi dalam dunia Gempakstarz walaupun sekadar menjadi komik minoriti. Namun, tak semua yang tahu kewujudan komik genre ni. Selalu komik macam ni ada dalam Komik-M.

Tajuk: Legenda Nusantara: RED RAiN 01
Karya: Frog & Samu
Harga: RM12.00 / RM13.00 (SS)
ISBN: 9789670028446
Muka surat: 136
Tarikh terbit: Jun 2022
Penerbit: Kadokawa Gempak Starz Sdn Bhd

Siri Hikayat Sakti.

Tak banyak komik unsur macam ni yang Gempakstarz terbitkan. Antara komik yang pernah diterbitkan adalah Siri Hikayat Sakti karya Panda. Komik ni berunsurkan pahlawan Melayu dan pendekar zaman dulu kala.

Sinopsis


RED RAiN berkisarkan 5 sahabat yang bekerjasama untuk melawan penjahat kejam iaitu Ja'kal. Dibantu oleh pemuda yang juga hero kampung yang disegani, Pedro, diorang bersama-sama berjuang menuntut bela atas kematian keluarga tercinta.

Ulasanspoiler alert


Bab pertama, aku terasa vibe Attack on Titan. Bila mak salah sorang watak utama iaitu Lintar dibunuh oleh serigala, terasa macam mak Eren Jaeger yang dibunuh oleh Titan. Dengan aura sedih dan geram dalam satu masa. Tak pernah tengok Attack on Titan? Ada masa nanti, tengok lah. Episod pertama je dah cukup.


Dari segi plot, aku rasa terlalu banyak scene bertarung. Aku kira dalam 80%. Bagi aku, bukan tak bagus. Tapi kurang menarik sebab perkembangan karakter terganggu. Ye lah. Dalam satu buku ni, 7 karakter tunjang cerita ni diperkenalkan sekaligus.

Karakter utama dalam siri ni merupakan kanak-kanak. Aku tak pasti kanak-kanak ni akan membesar dalam jilid seterusnya atau tak. Atau pembikin komik RED RAiN ni memang nak jadikan kanak-kanak watak utama cerita ni sampai akhir.


Walaupun karakter utamanya kanak-kanak, tapi plot dan babak yang ada dalam cerita ni bersifat dewasa. Bukan lucah tapi babak ganas yang tak sesuai untuk bacaan kanak-kanak. Dengan babak kerakusan serigala buas, kepala manusia dipenggal dan tangan yang putus digigit serigala, komik ni patut diklasifikasi sebagai P13.


Dari segi stroke atau gaya lukisan, aku suka bila baca komik ni. Pelukis lukis secara manual/tradisional dan bukannya guna teknik komputer. Aku suka sebab cerita zaman dulu kala macam ni sangat sesuai bila dilukis manual. Bila guna komputer, terasa fake. Melainkan pelukis mampu hasilkan lukisan macam manga Naruto yang masih kekalkan suasana kampung walaupun dilukis menggunakan komputer.



Lukisan secara keseluruhan, aku nampak masih kasar. Tona warna (komik ni 100% berwarna) tak konsisten dari awal sampai akhir komik. Aku tak pasti lah kalau style pelukis ni macam ni. Mungkin kalau diperkemaskan lagi, aku yakin setiap muka surat akan lebih menarik.

Aku lebih suka komik hitam putih berbanding komik berwarna. Berdasarkan pemerhatian aku, komik hitam putih dihasilkan dengan lebih kemas dan teliti. Bila warna, komik yang dihasilkan seakan cincai dan kurang kemas. Jarang aku jumpa komik genre remaja atau dewasa berwarna yang tona warnanya cukup lawa. Selalunya lebih bersifat kebudak-budakan. Aku harap dalam jilid seterusnya, pelukis komik ni buat versi hitam putih dalam beberapa muka surat. Boleh tengok perbandingan versi hitam putih dengan versi berwarna.


Berbaloi ke beli komik yang harga RM12 ni? Mulanya, aku rasa tak berbaloi. Sebab macam aku info, ada beberapa kekurangan yang jelas. Tapi bila dah baca sampai akhir, aku mula berminat nak tahu kisah seterusnya. Jadi, bagi aku, berbaloi.

Post a Comment

4 Comments

  1. baca komik camni mmg zaman sekolah je la hehehe penuh satu lemari.. nasib baik minat ni share ngan adik laki... so takde la terasa sangat bila kena beli n kumpul komik2 camni haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Zaman dulu memang gigih baca dan beli komik. Rasa puas hati bila dapat pegang sendiri komik.

      Delete
  2. Wow.. komik baru ye.. menarik jalan cerita dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Komik baru keluar. Best jugak setakat ni baca.

      Delete