Pengalaman tengok Minions: The Rise of Gru di TGV Dpulze.


Teman anak buah. Aku tak pernah layan mana-mana filem Minions sebelum ni. Nak tengok filem Mat Kilau, memang tak lah. Bukan taste aku walaupun ramai yang kata best sampai siap pakai tanjak bagai.

Beli tiket Minions ni via app TGV. Beli online je senang. Tak payah susah-susah nak beli kat mesin layan diri. Ya. Mesin layan diri. Macam mesin air gedegang tu. Lagipun bila online ni, boleh book cepat-cepat sebelum disambar orang.


Bila masuk dalam hall, hampir full seat. Maklum lah. Hujung minggu. Dan ni weekend pertama tayang Minions. Lagi lah ramai yang pergi tengok.

Alhamdulillah. Cerita tak bosan. Tu yang penting. Walaupun aku tak layan Minions, tapi aku masih enjoy tengok filem ni. Penuh dengan scene yang happening. Takde scene yang boleh buatkan penonton yang tak pernah tengok Minions macam aku ni, tidur kebosanan.

Penonton yang behave


Ramai parents yang bawak anak-anak. Aku masuk hall masa baru iklan. Tu pun dah ramai yang masuk. Bagusnya, takde aku dengar terpekik terlolong suara kanak-kanak dari awal filem sampai habis tayang. Behave. Tekun je semua tengok. Ada gelak tapi tak over yang mampu buatkan orang rasa menyampah.

Aku perasan jugak beza penonton TGV dan GSC. Penonton TGV lebih sopan dan behave berbanding penonton GSC. Ni pengalaman aku yang beberapa kali tengok filem kat kedua-dua pawagam ni. Tak kisah cerita apa, tenang je bila tengok kat TGV.

Tak sesuai untuk kanak-kanak


Jujur aku kata, filem Minions: The Rise of Gru ni tak berapa sesuai untuk kanak-kanak. Sebab filem ni ceritanya pasal si Gru yang nak jadi penjahat dari kecil lagi. Macam-macam dia buat untuk buktikan yang dia tu penjahat.


Kalau budak-budak tengok dan salah tafsir, habis lah. Kang tak pepasal masing-masing bagitau cikgu yang cita-cita diorang adalah untuk jadi penjahat. 😅

Nak ajak anak-anak tengok boleh. Tapi pastikan cerita semula kenapa Gru tu nak sangat jadi penjahat. Explain bagi diorang faham.

Lepas habis termasuk tengok end credits, kitorang pun chow dari situ. Ada yang masih duduk. Mungkin menunggu famili atau mungkin masih menantikan end credits scene seterusnya yang sememangnya takde pun.

Post a Comment

6 Comments

  1. Tak tonton lagi. Baca jugak ramai kata tak sesuai untuk kanak-kanak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah. Parents disarankan tengok sendiri dulu. Kalau rasa sesuai, baru boleh bagi anak-anak tengok.

      Delete
  2. saya pun belum tgk lagi, mat kilau pun bertatih nk tgk huhuu..xde kesempatan lagi nk pi TGV

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saja tukar angin sekali-sekala. Tapi saya lebih suka tengok online. 😁

      Delete
  3. Pernah tengok movie minion yang 1st dulu tu je. Lepas tu tak mengikuti dah. Mat Kilau pun tak tengok lagi. Senang kerja bila book online ni kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Senang sikit bila ada option macam ni. Tak payah menunggu beratur beli tiket.

      Delete