Konon tak nak masak lauk. Nak order kat ShopeeFood. Tapi sejak dua menjak ni, baucer kat ShopeeFood makin kurang. Tak macam awal-awal kemunculan. Waktu tu, aku ingat lagi. Hari-hari ada baucar yang boleh katakan rugi kalau tak tebus.
Maka, cuba lah aku order dari Foodpanda. App Foodpanda ni simple. Tak details macam GrabFood dan ShopeeFood. Masa godek-godek, ada beberapa baucar menarik. Salah satunya baucar off RM7.
Aku guna untuk order KFC. Tapi tak banyak menu. Set Snack Plate, Dinner Plate dsb tu takde. Tak tahu lah kat kawasan aku je yang takde atau semua tempat. Sebab takde pilihan, aku order Crispy Tenders.
Satu set harganya RM7.99. Aku beli dua set. Total RM15.98 dan lepas tambah tolak dengan baucar, harga jadi RM9.98. Ada beberapa option pembayaran: kad credit/debit, COD dan online banking. Aku bayar online guna Maybank2u. Senang.
Lama jugak menunggu. Dalam 40 minit. Mungkin tak ramai rider kat sini. Dalam app ni pun, ada ruangan chat untuk customer dan rider communicate. Aku inform rider supaya gantung makanan tu kat luar je. Contactless delivery katakan.
Macam aku info, app Foodpanda ni terlalu basic. Aku kan order dua set Crispy Tenders. Tapi yang jeliknya, KFC pandai-pandai gabung ayam tu dalam satu kotak. Sepatutnya letak dalam kotak berasingan. Ye lah. Kot-kot jiran aku join order. Memandai je kan KFC ni. Staff mana lah yang kerja waktu tu. Aku nak bagi rating rendah kat KFC tapi takde pulak option rating tu.
Bila tengok dalam YouTube, katanya lepas complete order, akan muncul pop-up rating untuk customer bagi rating kat vendor which is KFC tu lah. Sekali je muncul. Lepas tu takde. Alahai. Boleh pulak main hilang macam tu.
6 Comments
hahahah pandai berjimat staff KFC tu...
ReplyDeleteammi belum pernah order FP lagi sbb dia takleh detect office ammi yang locationnya boleh dikatakan hot jugaklah kat area PJ ni. hmmmm
Kann. Jimat bukan kepalang tu. Macam mana lah diorang boleh terfikir nak combine satu bekas. 😄
Deletetak pernah guna lagi FP sebab kwsn rumah xde... dekat u pulak FP punya interface macam x betul sikit... vendors yg bukak pun tulis closed. bikin stress kita jee
ReplyDeleteFoodpanda memang gitu. Tak semua tempat masuk walaupun GrabFood dan ShopeeFood masuk.
Deleteorder KFC via FP memang terhad sangat menunya. kalau yg special memang tak dapat. saya suka FP untuk kedai2 kecik je
ReplyDeleteItu lah. Perasan jugak. Banyak kedai kecil-kecil berbanding restoran terkenal.
Delete