Shopee hadkan penggunaan baucar bermula 8 Julai 2022.


Aku pasti customer tetap Shopee akan bengang dengan polisi terbaru dari Shopee. Kalau dulu, pembeli boleh gabung Platform Voucher (Free Shipping Voucher + Coins Cashback Voucher) untuk kumpul coins, sekarang, tak lagi. Kena pilih salah satu. Sama ada nak Free Shipping atau Coins Cashback.

Kena pilih salah satu.

Untuk yang masih baru atau tak tahu jenis baucar dalam Shopee, sini aku senaraikan jenis-jenis baucar yang ada setakat ni:

Jenis Contoh
Platform Voucher aka Shopee Voucher Shipping, Discount, Coins Cashback
Seller Voucher Baucar kedai dan produk yang seller jual

Macam harem kan? Entah. Aku tak nampak kelebihan yang akan menguntungkan pembeli. Kalau refer dalam statement terbaru yang Shopee nyatakan:

With this improvement, buyers will also be able to enjoy combining Shopee platform vouchers and multiple Seller vouchers in a single order.


Tanpa perubahan terbaru ni pun, pembeli boleh je gabung voucher. Takde masalah pun. Selama aku shopping kat Shopee pun, takde pulak masalah yang melibatkan benda alah ni.


Aku chat dengan staff Shopee. Aku tanya pasal ni. Dia tak habis-habis duk ulang 'new policy' dari Shopee tanpa bagitau sebab sebenar kenapa nak cipta 'new policy' ni.


Tu tak termasuk lagi dengan polisi 'Free Shipping' terbaru. Kat banner produk ditulis 'Free Shipping' tapi bila nak bayar, ada capped RM3. Betul lah macam blogger Nasa info, alangkah baiknya diorang edit je segala bagai banner lama kepada baru.


Alahai. Nampaknya lepas ni makin kurang lah aku shopping kat Shopee. Mungkin dah boleh start beli barang kat kedai fizikal semula kot.

Post a Comment

6 Comments

  1. hurm..makin lama makin kedek la Shopee. saya pun dah malas beli online sebab tak nak penuhkan rumah dengan bubble wrap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Entah kenapa dikurangkan semua benda. Kang customer lari pilih Lazada baru tahu.

      Delete
  2. tadi ammi order shopee food pun boleh guna 2 vouchers tapi yg free delivery tu jadi less RM4 je

    ReplyDelete
  3. Dulu ada banyak voucher untung jugak. Sekarang ni kena survey harga mana lagi murah je lah. Siapa tak bengang kalau voucher takleh guna, takleh pilih courier satu hal jugak. Tapi itulah, jengah jugak shopee kalau tak ada kat lazada.huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masing-masing dulu berlumba bagi offer kat customer. Sekarang, bila dah untung, perlahan-lahan tarik balik. 😌

      Delete