Sebenarnya aku agak kecewa baca komik ni. Macam nak cuci mata ni dengan air zam zam. Mungkin aku letak expectation terlalu tinggi lepas habis baca trilogi Budak Takraw sebelum ni. Lagi satu, bila dapat tahu komik ni merupakan hasil kolaborasi 4 orang pelukis, maka, makin meninggi lah expectation aku.
Tajuk: Budak Takraw Plus #1: Gelanggang Baru
Karya: Anshari, Just Jimi19, Kamal Masrun, Rais LR
Harga: RM14.00 / RM16.00 (SS)
ISBN: 9789674818357
Muka surat: 112
Tarikh terbit: 13 Jun 2022
Penerbit: PTS Publishing House Sdn. Bhd.
Aku beli komik ni masa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2022 tak lama dulu. Waktu tu merupakan perasmian terbitnya komik Budak Takraw Plus ni.
Sinopsis
Kisah Azman yang kembali hidup di bandar disebabkan ayah dia kena kerja kat bandar semula. Kat bandar ni, dia berkenalan secara tak sengaja dengan dua orang lelaki yang main sepak takraw kat kawasan berhampiran.
Dalam masa sama, muncul kaki buli yang acah hero konon diorang lah yang terbaik main sepak takraw. Maka, bermula lah misi Azman dan kawan-kawan baru dia untuk menjadi pemain sepak takraw terbaik, dengan dilatih sendiri oleh bekas pemain sepak takraw kebangsaan.
Ulasanspoiler alert
Komik ni bukan lah 100% kesinambungan trilogi Budak Takraw karya Anshari. Tapi lebih kepada spin-off watak Azman yang dijadikan watak utama dalam komik Budak Takraw Plus ni. Not bad kan buat macam ni? Ala Marvel/DC gitu.
Kalau dulu, dalam komik sebelum ni, boleh nampak macam-macam kejadian, perkembangan dan kisah karakter, skill tertentu dalam sepak takraw, nilai persahabatan dan kekeluargaan serta macam-macam lagi lah yang boleh disebut.
Tapi dalam Budak Takraw Plus, aku tak tahu apa tunjang utama cerita ni. Nak kata tergantung, tak. Dari awal sampai akhir, plot cerita komik ni takde klimaks yang mampu buatkan aku excited masa baca. Bayangkan 10 minit je aku dah habis baca satu komik ni.
Pemilihan cover sebelum diterbitkan. Aku lebih suka versi ANG tu. |
Bagi aku, takde scene penting atau something dalam alur cerita ni yang mampu buatkan aku ingat sampai bila-bila. Plot yang terlalu simple dan santai. Sampai aku tak percaya yang aku baca sebuah komik yang ada kaitan dengan Budak Takraw.
4 pelukis dalam satu komik
Satu cerita yang dihasilkan oleh 4 pelukis berbeza. Boleh cam dengan mudah. Setiap pelukis ada stroke dan style lukisan tersendiri. Lukisan pertama Anshari, yang lukis. Aku tahu sebab dah terbiasa dengan gaya lukisan dia.
Pelukis pertama. |
Pelukis kedua. |
Pelukis ketiga. |
Pelukis keempat. |
Sorry to say. Masuk je lukisan versi terakhir, komik ni jadi macam tak serius dan lebih kepada lawak. Aku lebih prefer lukisan Anshari yang serius bak lukisan Inoue Takehiko, pelukis manga Slam Dunk tapi ada elemen kemelayuan.
Berjayakah 'Plus' yang dicipta? Entah. Aku lebih suka kalau Budak Takraw terus dilukis oleh Anshari, bukan pelukis lain. Mungkin jiwa dan mata aku ni dah sebati dengan gaya lukisan dia.
Bukan benci dengan lukisan pelukis lain, tapi aku harap, selagi Ashari mampu hasilkan next jilid Budak Takraw Plus, maka, teruskan lah dengan gaya lukisan yang sama.
Nak collab dengan pelukis lain tak salah, mungkin kena kekalkan style lukisan yang sama. Banyak benda boleh collab sama ada dari segi gambar latar belakang, character design, plot, skrip, sinematografi dan banyak lagi.
Dalam buruk, ada baiknya
Tak semua tak best. Ada jugak baiknya komik ni. Aku suka sebab komik ni 100% berwarna. Tak macam trilogi Budak Takraw yang hitam putih. Bila berwarna, maka, seronok sikit baca. Tak perlu susah payah nak fikir warna pakaian watak-watak atau keadaan sekeliling.
Lukisan masih kekal kemas walaupun berwarna. Sebab selalunya kalau komik berwarna, lukisan akan jadi tak menarik dan agak cincai. Berbeza dengan Budak Takraw Plus. Aku tak tahu lah siapa in charge bahagian warna komik ni. Kemas dan natural. Tak nampak fake dan terburu-buru dalam mewarna. Good job!
Last but not least, akhir cerita komik ni ada diselitkan info pasal live-action trilogi Budak Takraw yang mungkin sempat atau tak sempat tayang tahun ni.
Aku bayangkan mungkin lagi menarik kalau dalam jilid Budak Takraw Plus yang seterusnya, diselitkan info atau scene penting dari siri live-action tu. Tak kisah lah apa-apa, macam info karakter atau segala mak nenek info berkaitan sepak takraw yang ada kaitan dengan live-action Budak Takraw. Baru hidup sikit komik ni.
9 Comments
Wak dah berjaman tak beli atau baca komik
ReplyDeleteBoleh baca untuk rehatkan minda Wak. Sekarang komik dah elok bahasanya.
DeleteBak kata pepatah omputih.. Too many cooks will spoil the broth
ReplyDeleteKann. Saya pun tak berkenan komik pesen gini. Tak boleh nak berimaginasi sebab design karakter selalu berubah.
Deletemenarik jalan cerita. gambar pun cantik full color
ReplyDeleteFull colour tu jarang nak muncul dalam Komik-M. Sebab tu komik ni sangat istimewa.
DeleteMaafkan saya. Lukisan saya terburu-buru. Sampai nampak lawak ='( .
ReplyDeleteMaaf kalau ulasan saya agak tajam dan pedas. Mungkin saya dah terbiasa dengan environment komik Budak Takraw yang dilukis oleh Anshari. Bila ada pelukis lain yang lukis komik Budak Takraw (Plus), saya rasa agak janggal dan ambil masa untuk adept dengan gaya lukisan yang baru.
DeleteDari mata saya, setelah berkali-kali ulang baca, elemen lawak tu memang terserlah dalam gaya lukisan encik untuk Budak Takraw Plus ni. Mungkin kurang sesuai untuk diterapkan dalam komik ni, tapi tak bermakna tak best. Setiap pelukis ada gaya lukisan tersendiri.
Melainkan Budak Takraw hasilkan versi lain yang ceritanya lebih kepada elemen lawak/humor dan santai, siapa tahu kan?
Terima kasih sudi komen entri saya ni. Dan maaf sekiranya ayat-ayat saya telah menyinggung perasaan encik. 🙇♂️
Oh tiada masalah. Saya suka orang ulas kerja saya. Keras atau lembut. Selagi mana bukan tahap mengutuk, saya gembira.
DeleteTerima kasih juga ulasannya. Saya faham ketidakselesaan encik sebagai pembaca bila menatap lukisan yang sangat berbeza berbanding 3 pelukis lain. Saya sendiri keliru hahahaha...jujurnya saya cuba menolak, tetapi dipujuk Jimi arakian mereka mungkin kesuntukan pelukis dan masa. Jadi saya ambil dengan tidak tahu apa² tentang komik ini. Selalu saya diupah mewarna sahaja. Saya pun tidak tahu saya melukis untuk Anshari mahupun Budak Takraw.
Saya betul² dalam kekelirua , tetapi saya siapkan juga dengan masa yang sempit. Saya pun tidak sempat bertanya banyak. Selesai cetak baru saya tahu dan agak sugul melihat lukisan saya sendiri. Berkali² saya minta maaf pada Anshari kerana saya sendiri tidak berpuas hati.....
InsyaAllah, mendatang nanti, bilamana saya diajak melukis untuk buku sesiapa, saya akan selidik dahulu.
Terima kasih ulasan telus encik. Terima kasih terus menyokong industri komik tempatan!! (walau yang ini agak mengecewakan).