Komik ni lain dari komik terbitan PTS yang lain. Salah satunya, komik ni merupakan kolaborasi antara Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADiM) dan Komik-M. Maksudya, komik ni berunsur dakwah Islam yang secara langsung menekankan nilai-nilai moral berlandaskan syariat Islam dan dalam masa sama, bersesuaian dengan aspirasi, visi dan misi YADiM.
Tajuk: Sahabat Misi 3Q #1: Suatu Permulaan
Karya: Ben Wong
Harga: RM14.00 / RM16.00 (SS)
ISBN: 9789674818371
Muka surat: 128
Tarikh terbit: 13 Jun 2022
Penerbit: PTS Publishing House Sdn. Bhd.
Ada kisah di sebalik YADiM x PTS ni. Kedua-duanya dah buat perjanjian (MoU) tahun 2019 untuk hasilkan komik dakwah dan rancang untuk terbitkan komik tu masa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) tahun 2020.
Disebabkan tahun 2020 COVID-19 masih rakus, semua tu terpaksa tangguh. Sampai lah hari tu. Masa PBAKL 2022. Komik pertama kolaborasi antara YADiM dan Komik-M berjaya diterbitkan buat julung kalinya. Syabas gais!
Ben Wong dipilih menjadi pelukis komik pertama kolaborasi ni. Pilihan yang tepat. Kalau tengok komik yang Ben Wong buat sepanjang dia kerja dengan PTS, komik-komik dia lebih menekankan nilai moral yang tinggi. Dari komik SS10, Atan, Reda sampai lah Silat Boy.
Sinopsis
Kisah Akid Fitri dalam menjalani kehidupan normal dengan menerapkan nilai 3Q iaitu Quwwah (kekuatan), Qanaah (syukur atau cukup dengan apa yang dikurniakan) dan Qudwah (kepimpinan).
Ulasanspoiler alert
Salah satu komik dakwah yang aku suka. Tak cliché macam cerita dakwah yang lain. Kenapa? Sebab walaupun ni komik dakwah, unsur dakwah yang ditonjolkan secukup rasa. Tak kurang dan tak over yang boleh buatkan pembaca macam aku ni mengantuk bila baca komik yang terlalu banyak nasihat. Sekali tengok, macam komik cerita kampung yang lain. Santai dan diselitkan dengan nilai moral.
Plot cerita ni simple dan mudah nak faham. Kisah Akid dan kawan baik dia, Ilham yang hidup normal kat sebuah perkampungan.
Diorang berdua ni umur 11 tahun. Satu hari, Ilham kantoi main phone kat sekolah. Pengawas nampak dan ugut Ilham supaya patuh arahan diorang kalau nak balik phone tu. Dan hari-hari kemudian, disebabkan takut dengan pengawas-pengawas tu, Ilham dibuli dan terpaksa bagi duit kat diorang.
Akid tahu dan nasihat Ilham supaya bagitau mak ayah dia atau cikgu. Tapi Ilham tak berani nak bagitau.
Kebetulan ada sorang budak baru pindah kat sekolah tu. Izz Hadif. Dia nampak yang Ilham dibuli pengawas dan bagitau kat guru disiplin yang jugak abang dia. Maka, kes buli Ilham berjaya diselesaikan.
Jalinan plot dan nasihat yang menarik
Jujur aku kata, komik ni fokusnya kepada kanak-kanak dan mungkin jugak remaja. Komik ni ibarat versi adaptasi novel kanak-kanak dan remaja. Style plot dan konflik yang berlaku saling tak tumpah macam novel peringkat umur tu. Aku pernah baca novel Impian Juara. Macam gitu lah penceritaannya. Plot yang mudah nak faham dan konflik yang berlaku dalam kalangan kanak-kanak.
Komik ni mengingatkan aku komik-komik dalam majalah Ujang dan Apo? suatu ketika dulu. Dengan suasana kampung yang aman damai. Dengan scene aktiviti budak kampung waktu petang ditunjukkan melalui Akid dan Ilham yang mandi sungai, makan aiskrim dan ais kepal kat warung tepi jalan. Siapa yang membesar dalam era lewat 90-an dan awal 2000, pasti akan terkenang kembali dengan scene macam ni.
Jarang pelukis komik sekarang hasilkan naskhah yang ketengahkan view atau pemandangan yang cantik. Selalunya lebih fokus kepada karakter. Tapi Ben ni bila lukis, mesti akan tunjuk latar belakang yang cantik. Kalau Zint selalu lukis view bandar, Ben pulak lukis view kampung. Dua-dua sama cantik.
Ending komik pertama YADiM x Komik-M ni takde lah bombastic atau penuh dengan debaran. Tapi entah kenapa aku ternanti-nanti jilid seterusnya untuk baca. Mungkin inikah yang dipanggil karya yang berkualiti?
0 Comments