Pengalaman guna voucher Self Collection Shopee.


Baucar ni Shopee bagi setiap minggu. Function dia sama je macam baucar Free Shipping. Nak bagi buyer tak payah bayar kos shipping. Tapi syaratnya, kena pergi collect sendiri barang di lokasi tertentu dalam tempoh masa yang ditetapkan.


Aku guna voucher Self Collection ni satu je: free shipping no minimum spend. Selagi kedai dalam Shopee tu enable self collection, selagi tu kita boleh guna. Kalau kedai tak buat option ni, memang tak boleh guna lah baucar Self Collection.


SOP nak guna baucar ni mudah je:
  1. Check out item guna baucar Self Collection.
  2. Select Shipping Option dan pilih Self-Collection.
  3. Pilih lokasi yang nak collect nanti.
  4. Bila parcel sampai kat collection point, SMS akan dihantar melalui nombor phone. Dalam SMS tu, diberi nombor PIN 6 angka.
  5. Pergi ke collection point dan bagi nombor PIN kepada staff yang handle collection ni.
  6. Lepas dapat parcel, status dalam Shopee tu akan berubah kepada Delivered.

Antara barang yang sempat aku beli guna baucar ni.

Selain tu, baucar ni bagusnya untuk orang yang suka privasi bila nak beli barang. Seller dan collection point takkan tahu customer tinggal kat mana. Sebab masa nak check out, alamat yang digunakan adalah alamat collection point.

Post a Comment

0 Comments