Pengalaman hilang duit di asrama sekolah.


Perkara paling tak best bila duk asrama: duit hilang. Benda ni dah lama berlaku. Zaman aku sekolah menengah lagi. Tapi memori pahit ni aku takkan lupa sampai bila-bila.

Waktu tu aku tingkatan 5. Ada kem kat sekolah sempena SPM yang bakal tiba. Beberapa kelas tingkatan 5, kena stay kat asrama sekolah sepanjang kem. Dalam 3 hari tak silap aku. Aku kira dalam 4 atau 5 kelas jugak lah yang join.

Hari pertama duit aku dah hilang


Lawak bila fikir balik. Satu bilik asrama boleh muatkan 8 orang pelajar. Dalam bilik tu, geng-geng kelas aku je yang ada. Dan bilik ni bersambung dengan bilik lain. Tengah-tengah antara dua bilik tu, ada bilik air. Kiranya orang bilik sebelah boleh masuk dalam bilik kitorang melalui bilik air.

Sebelum mandi, aku simpan duit dalam beg sekolah. Poket kat depan, bahagian atas beg. Ada member aku siap bawak wallet masuk bilik air sebab takut hilang.


Aku waktu tu ada beberapa keping duit kertas singgit dan duit syiling. Tak sampai RM10 pun. Zaman sekolah, aku pesen tak suka bawak wallet. Lagipun, ramai je pelajar yang tak bawak wallet/purse ke sekolah, tak macam bebudak sekarang.

Lepas mandi tengah hari, aku kemas-kemas buku dan alat tulis. Ada aktiviti kat dewan sekolah. Masa tu aku tak syak pun duit hilang sebab geng-geng aku ada dalam bilik tu. Nak mencuri pun memang tak sempat lah.

Cikgu buat spot check dalam dewan


Aku tak ingat berapa lama aktiviti dalam dewan tu. Tapi masa tengah fokus jawab soalan dan bincang dengan kawan-kawan, cikgu bagitau ada kes pelajar hilang duit.


Time ni aku dah cuak. Sebab aku ke dewan tak bawak duit. Duit aku ada dalam beg sekolah yang aku letak dalam bilik asrama.

On the spot, cikgu mintak pelajar keluarkan barang dalam poket baju dan seluar. Konon nak tengok pelajar mana yang simpan banyak duit dan mungkin pelajar tu akan jadi saspek utama kes kecurian ni.

Nak check duit, tapi duit hilang


Lepas aktiviti dalam dewan tamat, pelajar balik semula ke asrama. Aku terus check duit dalam beg. TAKDE. HILANG. Beberapa ketul duit syiling je yang tinggal. Jadah betul siapa yang panjang tangan tu.


Aku inform kawan aku. Report kat cikgu. Tapi, tetap tak boleh buat apa. Takde CCTV. Tak tahu siapa yang curi. Pelajar bilik lain atau dalam bilik aku sendiri pun, aku tak tahu. Lagipun, pencuri luar boleh masuk bilik masa pelajar ada kat dewan sebab bilik asrama tu tak dikunci pun.

Dan takkan lah pencuri tu nak terus pegang duit tu, simpan dalam beg dia? Sah-sah lah dia akan letak kat tempat lain dulu supaya takde siapa syak. Mungkin masa nak balik rumah (kem tamat), baru dia keluarkan duit tu.

Spot check kedua


Lepas kem tamat, cikgu tak bagi pelajar terus balik rumah. Kena tahan. Ada spot check lagi. Cikgu dan pengawas check beg setiap pelajar.


Tapi pencuri tak bodoh lah. Takde maknanya nak simpan duit hasil curian yang mungkin berpuluh-puluh ringgit tu dalam beg dia. Harus lah ada kat tempat lain. Mungkin dalam underwear? Sebab kat situ takde pun sesiapa check.

Lagi satu, masa hari Jumaat, pelajar lelaki pergi solat kat masjid daerah. Even waktu ni, boleh je pencuri tu (kalau dia lelaki) bawak duit yang dicuri dan sembunyi kat masjid. Lepas tamat kem, dia boleh datang semula ke masjid dan ambil duit tu.

Terima hakikat duit hilang


Silap aku jugak bawak duit banyak ke sekolah. Selalunya memang aku tak bawak duit banyak macam tu. Aku plan dengan duit tu, aku nak beli hadiah besday cikgu Add Math aku. Aku nak beli jam dinding kat kedai Cina lepas habis kem.


Tak sangka pulak duit tu akan hilang. Sekarang aku pun tak tahu nak halalkan atau tak. Ada yang cakap tak perlu halalkan. Sebab nanti benda ni boleh jadi saham kat akhirat. Ada yang cakap, halalkan je lah. Mana lah tahu bila hati dah redha, Allah akan ganti dengan sesuatu yang lebih baik.

Post a Comment

8 Comments

  1. Sebenarnya kes barang hilang.. curi mencuri ni tidak dikalangan kanak-kanak atau remaja je... orang tua pun ada yang buat dengan kawan-kawan sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Mungkin orang tua tu dah amalkan mencuri dari kecik. Sampai terbawak sampai tua.

      Delete
  2. Aku masuk asrama start F4. Jadi cam stranger kalau nak compare dengan geng masuk time F1

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya paling awal masuk masa F3. Tu pun kejap je sebab join kem. Payah nak ikut jadual asrama yang sangat tough. 😅

      Delete
  3. Kenangan yang pahit2 manis gittew hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bittersweet kan. Moga generasi baru yang baca entri ni, lebih hati-hati kat asrama nanti. 😁

      Delete
  4. 🙃aku sejarah topik ni sebab aku baru jer kehilangan duit. Sedih dan takdir Mood😑😑😑😑😑. Takpe la mungkin pencuri tu ada hal kecemasan kuttttttt....

    ReplyDelete