Aku mula berjinak-jinak semula dalam membaca komik dari tahun lepas. Maklum lah, sejak PKP, banyak masa terluang duk dalam rumah. Maka, dengan masa terlebih tu, aku mula balik baca komik macam zaman sekolah dulu-dulu.
Komik yang aku maksudkan ialah komik fizikal. Bukan digital. Sebab aku pesen tak suka membaca lama-lama kat skrin. Mata aku mudah penat dengan cahaya skrin walaupun aku dah rendahkan brightness skrin tu.
Pengumpul komik, scalper atau jerung?
Syarikat komik tutup
Sekarang, komik fizikal mula naik. Dulu, dalam area tahun 2015 (tambah tolak), banyak syarikat komik yang gulung tikar. Ada jugak yang diambil alih oleh syarikat lain. Kalau tak gulung tikar, komik yang tengah dihasilkan, diorang stop production serta-merta.
Ada yang kata keuntungan jual komik tak mampu tampung kos cetakan. Ada yang kata minat belia terutamanya waktu tu, dah beralih kepada digital. Ada jugak yang kata sejak smartphone jadi kegilaan, minat untuk membaca komik, buku dsb makin berkurang.
Jual beli komik lama
Dalam page FB, Carousell dan Shopee, ramai seller mula jual komik-komik lama yang dah tak diulang cetak. Komik yang dulunya harga seketul RM7 meningkat jadi RM50. Ada yang siap cecah ratus dan ribu ringgit.
Ada jugak yang dulunya beli komik dalam kuantiti yang banyak. Contohnya komik Doraemon jilid 1. Dibeli sebanyak 10 ketul. Katanya mungkin nanti harga meningkat naik. Bila jual, banyak permintaan dan dapat untung berlipat kali ganda.
Beli satu dah cukup
Sebenarnya aku kurang suka dengan manusia yang perangai macam ni. Aku kalau beli komik pun, aku beli seketul. Aku tak beli dua ketul komik yang sama. Kalau ikutkan, boleh je nak simpan satu sebagai koleksi yang tak pernah dibaca atau dibuka plastik.
Tapi aku fikir, biar lah. Aku baca komik pun sebab aku suka kumpul komik yang tak pernah aku sempat beli. Dulu memang tak mampu. Walaupun zaman aku sekolah dulu, zaman tu komik tengah naik. Tapi aku tak cukup duit untuk spend beli macam-macam komik. Duit lebihan yang ada pun buat bekal ke sekolah.
Fikir orang lain jugak
Kalau lah Gempakstarz terbitkan komik terbaru Lawak Kampus, contohnya, jilid 44 sebanyak 1000 copy. Sebab nak buat duit masa akan datang, takkan lah aku sanggup borong 1000 copy tu sekaligus?
Aku terfikir. Kalau aku beli semua, macam mana dengan orang lain. Macam mana lah peminat komik Lawak Kampus yang lain nak beli jugak cetakan pertama tu? Terasa macam ambil hak orang lain pulak.
Memang lah Gempakstarz tak kisah. Diorang mungkin akan cetak lain sebab semua sold out. Tapi peminat yang dah lama menunggu, macam mana? Kalau beli dengan harga sama, takpe lah. Ni borong semua, jual dengan harga berlipat kali ganda.
Scalper
Tu tak termasuk lagi dengan scalper. Scalper ni term yang biasa diguna pakai dalam jual beli barang pre-loved, barang lama yang payah nak jumpa atau something yang kuantitinya terhad. Contohnya, diorang ni beli komik dengan harga RM10 dan jual balik dengan harga RM100.
Nampak tak? Melampau kan? Walau nak buat duit sekalipun, ada hadnya. Kalau dia memang beli komik tu dengan harga mahal, takpe lah. Ni kalau beza harga beli dengan harga jual tu terlalu jauh, aku rasa tak patut.
Betul. Hak dia lah nak jual semahal berlian atau semahal cinta Kaish dan Laila sekalipun. Tapi komik ni pun tergolong dalam sumber ilmu. Kau buat ilmu ni macam mainan pulak. Kalau rasa dah tak nak baca atau nak kosongkan rak buku, kenapa gigih sangat jual dengan harga yang tak masuk akal?
Jerung
Term jerung pun wujud dalam jual beli komik atau barang pre-loved. Diorang ni sanggup beli dengan harga yang mahal. Asalkan diorang dapat apa yang diorang nak.
Boleh katakan diorang ni jenis yang suka sailang. Contohnya, Abu dah closed deal dengan seller kat Carousell untuk beli buku pre-loved Dragon Ball full set dengan harga RM250. Cuma tunggu bayar je. Tiba-tiba seller inform Abu yang dia tak jadi jual buku tu. Macam-macam alasan yang tak munasabah diberi.
Bila kantoi, rupanya ada jerung yang dah sailang Abu. Jerung tu sanggup beli buku tu dengan harga yang lebih mahal dari asal.
Beli ikut keperluan
Bagi aku, bila beli sesuatu barang, beli lah ikut keperluan, bukan kehendak. Ingat-ingat lah orang lain jugak. Jangan jadi macam era pandemik COVID-19. Ramai yang buat panic buying. Pentingkan diri. Hanya kisah diri sendiri tapi tak peduli tentang keadaan orang lain yang alami situasi terdesak yang sama.
Nak buat duit, takde masalah. Asal jangan keterlaluan. Jangan ambil kesempatan atas kesempitan orang lain. Bisnes macam tu bukan lah sesuatu yang bermaruah. Banyak lagi cara untuk betul-betul buat duit. Asal niat kita tu ikhlas, nescaya setiap perkara yang kita buat, akan diberkati.
8 Comments
itulah ramai yang suka ambil kesempatan jual komik dan buku lama dengan harga tak masuk akal. kalau sis memang tak beli la walaupun nak sangat baca buku tu..
ReplyDeleteSama. Saya pun takkan beli kalau harga tak masuk akal. 😅
DeleteDah lamanya tak beli r baca komik
ReplyDeleteAda masa boleh cari kat kedai buku.
DeleteSetuju.. kadang yang suka mengumpul ni sanggup je bayar.. tapi yang menjual jangan ambil kesempatan.
ReplyDeleteItu lah. Pengumpul pun kena bijak. Jangan sampai dipijak. 🤭
Deleterasanya komik and majalah skang dah makin kurang sebab mana ada budak budak baca majalah and komik skang 🤧
ReplyDeleteSekarang masih ada. Sales komik boleh tahan walaupun tak macam dulu-dulu. Cuma majalah komik yang rasanya tak banyak sekarang ni.
Delete