Pernah makan jajan Smax masa kecik-kecik dulu? Budak 80-an dan 90-an harus lah pernah merasa kan? Ada perisa ayam dan pedas. Paket hijau dan merah. Dulu beli 20 sen je sepaket. Legend kot. Kalau tak rasa lagi, cuba lah rasa. Pasti akan jatuh hati.
Sekarang, Smax ada hasilkan produk baru iaitu Smax Cheese Ring Ghost Pepper. Jajan seakan Super Ring tapi rasa pedas mencucuk lidah. Sekali kena lidah, terasa kepedasan yang melampau.
Pedas bukan sebarang pedas ya. Sangat pedas. Walaupun pedas, rasa jajan ni sangat sedap. Maksud aku, tahap kepedasan lada tu tak kacau pun rasa kesedapan jajan ni. Mungkin sebab ada rasa keju. Sampaikan aku terus-terusan makan sampai licin satu paket.
Aku beli Smax ni kat Shopee. RM6.99 sepaket. Import dari Indonesia. Setahu aku, Smax ni belum masuk lagi pasaran Malaysia. Mungkin kalau ada permintaan tinggi, Mamee akan bawak jajan ni masuk Malaysia? Siapa tahu kan? Maka, berdoa lah kita semua. Kalau masuk sini, harga mungkin lagi murah. Boleh borong sampai tak ingat dunia. 😆
12 Comments
Hitam Nye. 🤭
ReplyDeleteTak pernah lagi try.
Memang. Tapi bila makan, terus-terusan masuk mulut sebab sedap rasa jajan ni.
DeleteIngat brand Super Ring rupanya bukan..
ReplyDeleteHitam tak gigi bila dimakan..? hehe
Lebih kurang pesennya. Gigi dan lidah tak hitam pun.
Deleteseram pulak nak makan hitam gitu...
ReplyDeleteLuaran je seram tapi rasa sedap.
DeleteAku sejak makan megi ghost pepper tak berani lagi nak try jajan lain haha. Pedas sampai nak semput weh
ReplyDeleteYang ni saya rasa mungkin better. Sebab saya pun tak boleh makan megi tu jugak. Senak perut. Tapi jajan ni, pedas dia tak sampai masuk tandas.
Deletetak pernah makan jajan Smax masa kecil sebab parents strict. haha. sampai ke besar tak suka. tapi ni macam best lak nak try
ReplyDeleteDulu pun parents memang tak pernah bagi makan jajan. Tapi senyap-senyap pergi kedai beli jugak. 🤭
Deletetengok warna pun dah seram nk makan ni
ReplyDeleteAgak seram jugak masa bukak plastik. Tapi lepas telan satu, terus nak lagi. 😅
Delete