Uji minda dengan game matematik dalam Calculators.org.


Sebenarnya tak banyak game matematik yang pernah aku main sebelum ni. Tak silap aku, ada satu game dalam phone yang berkaitan matematik. Game Hannah Montana versi Java.

Zaman dulu siap install game ni dalam phone cikai. Aku suka main game Hannah Montana ni sebab aku suka game pesen adventure macam ni. Kena selesaikan task dan bila berjaya, boleh proceed ke misi yang seterusnya.


Dalam game tu, ada beberapa mini games termasuk lah game matematik. Maklum lah, Hannah Montana ni kan budak sekolah. Harus lah ada something yang berkaitan matematik.

Game matematik online dalam Calculators.org


Dalam website ni, ada banyak sangat game matematik yang sesetengahnya mampu buatkan minda kembali refresh masa belajar subjek Matematik zaman sekolah.

Nak kata susah sangat, tak lah sampai macam tu. Cuma lebih kepada mencabar. Sebab ada game yang kena selesaikan dalam jangka masa tertentu. Kalau tak, terus kalah. Setakat aku main, ada 3 game yang aku suka:

1. Grocery Cashier



Game ni harus lah berkaitan dengan cashier. Ada sorang staff (kita) yang jaga kaunter cashier untuk kira barang yang customer beli. Game ni nampak simple dan mudah tapi bagi aku, part susahnya bila nak pulangkan kembali baki duit kepada customer.

Aku pernah jadi cashier dulu masa awal-awal kerja. Waktu nak scan barang customer tu, takde masalah. Yang agak risau, bila nak pulangkan baki. Kadang tersilap bagi. Yang ni lah penyebab short.

Link game: Grocery Cashier

2. Arithmetic Game for Kids



Ni paling simple tapi kadang salah jawab jugak. Ada tambah, tolak, darab dan bahagi. Pengiraan yang mudah. Sesuai untuk kanak-kanak yang baru mula kenal operasi matematik.

Kalau rasa stress, boleh lah main game ni. Rasa macam pelajar cemerlang pulak bila menang main game ni.


3. Feed Math Addition Game for Kids



Kombinasi matematik dan makanan. Ada sorang budak lelaki gempal yang berselera makan susyi. Game ni hanya ada operasi tambah.

Nak main game ni senang je. Kat baju dia akan keluar nombor yang mewakili hasil tambah nombor yang ada atas susyi. Kalau nombor kat baju dia 13, nanti kena klik dua ketul susyi yang hasil tambah kedua-dua susyi tu adalah 13.

Senang kan? Nampak je senang tapi bila nombor kat baju dia tu makin besar, kelam kabut duk kira. Sebab game ni bagi beberapa saat je untuk kita selesaikan jawapan tu. Kalau lambat, terus kalah.


Tak semua game online ni tak elok. Banyak je yang berguna dan berilmiah. Kena pandai cari game yang tak melalaikan. Sekarang, banyak je developer yang cipta game berilmiah. Tak macam dulu yang terlalu limited. Jadi, sekali-sekala luang masa main game matematik, apa salahnya kan? Dapat cuci otak yang dah berkarat ni.

Post a Comment

10 Comments

  1. Betul tu, boleh refresh otak balik dengan games macam ni. Banyak sebenarnya games yang berfaedah, tapi kena pandai pilih untuk anak-anak. Menarik jugak games sushi tu. Nanti nak bagi anak main.

    Nice sharing. ✌

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Banyak game menarik dalam website ni. Sekali-sekala ada masa boleh layan jugak.

      Delete
  2. yang sushi tu macam best pulak. boleh try nanti kalau free

    ReplyDelete
    Replies
    1. Game susyi payah nak skor tinggi tapi menarik.

      Delete
  3. Pilih yang OK, mainlah game tu.. in sya Allah ok.

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Asal ada masa, boleh layan game macam ni. 😄

      Delete