MPH Bookstores Alamanda Putrajaya tutup selamanya.


MPH Bookstores ni satu-satunya kedai buku dalam Alamanda Putrajaya. Kedai buku lain takde. Popular, SMO atau Borders nan hado. Tak silap aku, kat area Putrajaya ni ada dua je MPH. Satu dalam Alamanda, satu lagi dalam Dpulze (Cyberjaya).


Minggu lepas, sebelum masuk AEON Big, plan nak singgah dulu MPH. Aku kalau pergi MPH, akan masuk ruang komik BM. Nak cari komik baru atau lama yang aku nak.

Cari MPH tapi tak jumpa


Beberapa kali aku pusing kawasan dalam Alamanda tu. Aku kaget gitu. Pelik bin ajaib. Cari MPH tapi tak jumpa. Aku kira lebih 3 kali aku pusing situ. Last-last, aku pergi ke customer service mall dan tanya keberadaan MPH.


Kata staff tu, MPH dah tutup. Baru je lagi. Dan belum ada owner baru yang akan ambil alih tapak MPH tu.

Sedih jugak rasanya walaupun aku bukan lah customer tetap MPH Alamanda. Tapi setiap kali datang Putrajaya, aku tetap akan singgah MPH.

Tak pasti aku kenapa MPH tutup. Tapi aku boleh agak apa sebabnya. Kalau penutupan MPH ni disebabkan kurang sale, aku tahu apa puncanya.

Lambakan kedai buku


Kat Putrajaya ni, boleh katakan terlalu banyak aka lambakan kedai buku. Ada kedai buku besar kat Presint 15 (Pustaka Rakyat). Paling banyak, Pustaka Rawang walaupun variasi buku biasa-biasa je.


Ramai yang singgah kedai buku sebab nak cari alat tulis. Dan aku yakin, sale alat tulis kat MPH lagi banyak berbanding sale buku.

Cari jalan lain


Mana silapnya? Entah. Mungkin MPH kena cari jalan lain. Stop buka kedai dalam mall. Sewa lot bangunan luar macam kedai-kedai runcit atau farmasi tu. Aku lebih prefer kedai kat luar mall. Sebab tak perlu susah payah nak parking kereta dsb semata-mata nak beli buku atau alat tulis.


Lagi satu, tak dinafikan trend beli buku online makin naik. Lagi-lagi dalam Shopee dan Lazada. Orang macam aku ni yang leceh, takde masa plus malas nak keluar, akan prefer online berbanding kedai fizikal.

Sekarang, apa yang aku nampak, Popular makin ramai orang. Sebab? Popular selalu bagi offer dan diskaun. Plus, diorang acap kali collab dengan syarikat buku contohnya Gempakstarz. Hampir setiap bulan ada promo.

Maka, krik krik lah aku bila masuk Alamanda. Selain MPH, kedai pakaian Cotton On dan boling pun dah tutup. Masa pusing cari MPH, aku perasan dua lot kedai ni dah takde. Tak tahu lah sama ada tutup atau diorang sekadar renovate. Kalau tutup, harapnya diganti lah dengan kedai yang menarik dan berbaloi untuk ke sana.

Post a Comment

4 Comments

  1. Sinipun MPH dah tutup.
    Betul kena buat sesuatu supaya orang selalu datang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Kena buat plan baru. Sayang kalau semua tutup.

      Delete
  2. Banyak sangat kedai sehingga tak mampu lagi bersaing agaknya

    ReplyDelete