Selalu jugak aku beli komik dari Gempakstarz. Kalau beli banyak, diorang akan letak dalam kotak. Kalau beli seketul, selalunya diorang akan guna bubble wrap je.
Bila guna bubble wrap, buku yang sampai kebarangkalian nak rosak tu tinggi. Macam aku pernah dapat. Komik patah kat tulang. Mungkin sebab ditindih dengan benda berat.
Tapi bagusnya Gempakstarz, diorang inform kalau nak mintak send guna kotak, buat remark masa order. Dalam Shopee, ada satu ruang untuk tulis remark.
Alhamdulillah. Bila guna kotak, komik yang aku order, sampai dalam keadaan elok. Takde rosak atau kemik. Rasa puas sangat.
Bukan apa. Bila komik rosak, banyak pulak kerjaan. Bukan je terpaksa buang masa, Gempakstarz jugak yang rugi. Ye lah. Buku rosak sebab nak jimat tak nak guna kotak yang berapa sen je sebenarnya.
Lagi satu, kalau beli guna voucher off RM5 contohnya, bila nak refund sebab buku rosak, voucher tu akan burn macam tu je. Sebab voucher kan ada expired date.
Malangnya, tak semua kedai kat Shopee yang tawarkan untuk bagi servis request kotak macam ni. Selalunya diorang balut guna bubble wrap. Bukan aku anti bubble wrap. Tapi dah banyak kali buku yang aku beli yang dibalut dengan bubble wrap tu, rosak.
Nak tak nak, pilihan terbaik adalah guna kotak. Alah. Kotak bukan mahal pun sebenarnya. Ramai seller yang masih tak tahu. Kadang kos bubble wrap lagi tinggi berbanding kotak. 😆
6 Comments
selalunya kalau dah tahu seller akan balut dengan bubble wrap je, beli borong terus biar dapat kotak sebab selalunya seller charge mahal kalau request kotak. But nice to know kotak murah sebenarnya haha pandai markup
ReplyDeleteAda jugak seller yang masih guna bubble wrap walaupun beli buku lebih 10 buah. Pernah alami buku rosak. Lepas tu, setiap kali beli, memang akan inform seller dulu. 😥
DeleteHarga kotak memang murah. Dalam Shopee pun banyak jual. Itu yang pelik kenapa diorang tak guna kotak. Jimat duit, jimat masa untuk pack dan kebarangkalian untuk buku tu rosak masa delivery adalah rendah.
nice info... betul kan frust bila terima buku dah x brp nk perfect fizikalnya... sy jarang beli buku atau komik online sbb suka bawak anak² lepak book store dan diorang sendiri pilih² buku... dpd masuk kedai toys masuk book store lg berbaloi rasanya
ReplyDeleteItu lah risiko bila beli online walaupun selalu dapat diskaun. Bagus tu didik membaca dari awal. 👍
DeleteMujur seller dapat letak buku2 dlaam kotak tu . At least tak ada la defect kemek2
ReplyDeleteBetul. Satu kemestian untuk elak rugi dan low rating nanti.
Delete