Isu pendidikan negara kita yang tiada penghujung.


Baru-baru ni, isu pendidikan Malaysia yang aku kira, isu dalaman, timbul semula. Isu ni bukan lah berlaku dalam IPTA mahupun IPTS, tapi berlaku dalam sekolah rendah.

Kalau search kat Internet, berlambak sebenarnya isu pendidikan sekolah rendah. Ada beberapa yang masih belum diperbaiki. Contohnya isu silibus yang dikatakan kurang sesuai untuk pelajar sekolah rendah.

Mungkin sesetengah orang bersetuju dan mungkin jugak ada yang tak setuju. Pendapat aku yang pernah mengajar sekolah rendah dan menengah, aku boleh katakan, ada beberapa silibus yang kurang sesuai. Bukan semua. Hanya beberapa bab yang aku rasakan agak janggal untuk budak sekolah rendah.

Ingat, nak gubal silibus bukan senang. Banyak pihak yang telibat. Daripada staff KPM sampai lah pensyarah universiti. Bukan sebulan nak hasilkan satu buku teks. Tapi makan masa yang lama.

Mudah kritik, payah terima


Ya. Kita manusia, lebih mudah untuk kritik. Tapi kita takde kat situasi sebenar. Bagi aku, kalau aku rasa silibus yang ada tak sesuai untuk pelajar dan aku ada banyak idea untuk buat silibus, why not join team yang buat silibus kan? Boleh lah nanti aku curahkan segala idea untuk tambah baik silibus pendidikan sekolah.

Aku pernah tengok buku teks Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) tingkatan 3. Terkejut aku tengok dalam silibus tu, dah ada banyak info pasal mekatronik. Dan kebanyakan isi dalaman buku teks ni menyeru pelajar untuk cipta dan develop something yang lebih advance berbanding dengan zaman aku iaitu Kemahiran Hidup (KH).

Nak kata tak sesuai, tak jugak. Mungkin kalau zaman aku sekolah dulu, kalau RBT dan silibus ni wujud, memang tak sesuai lah. Tapi bila aku tengok secara menyeluruh, dengan keadaan zaman sekarang dan pelajar yang sangat advance, silibus macam ni takde salahnya.

Sekolah bandar vs luar bandar


Cuma, mungkin untuk pelajar sekolah bandar, silibus yang aku kategorikan sebagai advance ni, sesuai. Ye lah. Budak bandar kan? Fasiliti kat sekolah cukup. Kalau tak cukup, PIBG sekolah ada. Boleh mohon dana dari pengerusi yang biasanya terdiri daripada golongan yang berpangkat plus gaji tinggi.

Untuk sekolah luar bandar, aku rasa tak sesuai. Mentaliti pelajar sekolah bandar dan luar bandar tak sama. Environment pun tak sama. Tu tak cakap lagi tang management kat sekolah. The point is, kalau lah aku nak buat silibus dalam buku teks sekolah, aku akan pastikan silibus tu sesuai untuk diimplementasi bagi kedua-dua peringkat sekolah. Dan kalau boleh, biar lah sesuai jugak untuk sekolah pedalaman yang mana jumlah fasiliti sekolah yang terhad.

Silibus vs beg berat vs lokar


Isu lain macam beg berat dan lokar tu pun sebenarnya berkait rapat dengan silibus. Tapi masih boleh diselesaikan dalam sekolah tu sendiri. Kalau nak kata beg makin berat sebab takde lokar, macam tak sesuai. Even ada lokar sekalipun, pelajar kena bawak balik rumah buku teks untuk ulang kaji. Takkan lah nak tinggal kat sekolah kan?

Cara terbaik, ubah jadual kelas contohnya. Pastikan had maksimum sebanyak 3 subjek sehari. Dan jangan lah pulak direct ajar satu subjek selama 3 jam. Bahagi lah dengan betul. Contohnya, 1 jam setengah ajar Math. Lepas tu, ajar subjek lain. Dan lepas subjek lain tu, ajar Math semula. Bagi reboot otak pelajar untuk mudah terima ilmu baru.

Tugas hakiki


Sebenarnya dalam mana-mana sektor pekerjaan sekalipun, takde istilah tugas hakiki. Cikgu tak boleh lah expect datang sekolah, masuk kelas untuk mengajar je. Aku ingat dulu masa kerja dalam bidang retail. Manager aku yang pangkat lagi tinggi dari aku, siap turun selling floor sebab nak tolong staff top up stock dan kemas inventori. Sedangkan dia tak perlu buat pun semua tu.

Cikgu kalau nak tugas hakiki, boleh. Kerja lah macam staff gomen lain. Masuk kerja pagi, balik kerja petang. Balik sekali dengan kerani sekolah. Masa yang ada waktu petang tu, boleh siapkan apa-apa kerja yang ada. Biar lah gaji yang diterima sesuai dengan tanggungjawab dan skop kerja yang digalas. Sanggup ke?

Konklusi


Isu yang berlaku, sebenarnya dah lama terjadi. Lama. Bukan sekarang. Puluh tahun dulu. Cuma dulu tak jadi perhatian ramai sebab zaman dulu media massa terhad. Sekarang macam-macam sumber ada untuk orang tahu. Up status, tak sampai sejam dah viral.

Masalah yang berlanjutan ni tak elok dibiarkan. Bincang semula dengan cara yang betul. Nak viral, persilakan. Selagi kita mampu untuk fight dengan fakta, data dan research, bagi aku, tu pun dah cukup. Kalau sekadar testimoni, agak payah untuk bukak mata pihak bertanggungjawab. Tengok contoh Khairulaming. Bila terima complain pasal packaging sambal dia, terus dia fight dengan fakta dan data yang betul.

Sekiranya dah bermesyuarat segala tapi tetap tak diendahkan, cuba cari jalan lain. Aku tahu sekarang zaman viral. Nak perhatian dengan cepat, viralkan sesuatu isu. Tapi kena ingat. Macam aku info, isu silibus, banyak pihak terlibat. Nak yakinkan pihak tu, sangat payah. Masing-masing ada pendapat dan pendirian yang berbeza.

Post a Comment

4 Comments

  1. Banyak isu saya hanya mendiamkan diri kerana saya bukan ahli. Justeru saya sendiri tak layak untuk bercakap hal ini. Melainkan saya mengerti dan ahli hal ini, baru saya boleh bersuara. Jika tidak, ia ibarat angin lalu saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak bersuara boleh tapi biar berfakta dan melalui saluran yang betul. Malah, pendapat ibu bapa yang ada anak-anak bersekolah antara yang perlu diambil kira.

      Delete
  2. Ammi ada anak yang beza umur 2 tahun tapi dorang belajar silibus yang hampir sama. Maknanya bila kakak darjah 3 adik darjah 1 dorang belajar topik yang sama. Mula tu tak perasan tapi bila buat latihan baru tengok macam eh kenapa buat latihan kat buku kakak? rupanya itu bukan buku kakak...itu buku adik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam circle yang sama. Cuma aras yang berbeza. Makin bertambah darjah, makin bertambah details sesuatu topik. Tapi bagus tu. Adik darjah 1 boleh buat latihan kakak darjah 3. 😆

      Delete