Akhirnya, Gegar Vaganza musim ke-9 aka GV9 melabuhkan tirai. Selama 11 minggu GV9 berlangsung dan malam penentuan, Jaclyn Victor dinobatkan sebagai juara GV9.
Mungkin ramai dah agak yang Jac bakal jadi juara dan ramai yang terkejut dengan keputusan malam tadi (walaupun ni mungkin sekali lagi permainan Astro, siapa tahu kan?).
Juara: Jaclyn Victor
Naib juara: Bob Yusof
Tempat ke-3: Shila Amzah
Tempat ke-4: Tomok
Tempat ke-5: VE
Tempat ke-6: Hazrul Nizam
Aku agak kaget bila dapat tahu yang Tomok dapat nombor 4. Dan kaget aku tu bertambah bila Nabil dan Kak Lina Kepom umumkan yang Shila Amzah dapat tempat ke-3. Sangat terkejut bila tahu yang Shila ada kat kedudukan bawah Bob. Kalau siapa yang selalu follow up GV9, mesti yakin yang Shila sepatutnya at least dapat naib juara.
Siapa tahu, mungkin rezeki Bob malam tadi dan mungkin bukan rezeki Shila untuk menang satu lagi pertandingan nyanyian (yang terbaru dia menang The Masked Singer). Plus, katanya Shila ada tonsil. Mungkin ni salah satu sebab yang mengganggu performance dia.
Tapi kali ni, aku rasa tak banyak kontroversi (selain ada peserta yang tak patut bertanding). Sebab masing-masing semua berbakat besar dan berjaya buktikan yang diorang mampu pergi jauh.
Apa-apa pun, semoga peserta kali ni, tak kira yang menang atau kalah, akan terus lebarkan sayap untuk terbang meninggi dalam industri muzik kat Malaysia ni. Jangan senyap sunyi pulak lepas ni. Guna peluang yang ada untuk giatkan lagi industri muzik kita.
6 Comments
tahniah jaclyn n semua pemenang
ReplyDelete👍👍
DeleteTerlepas tengok sebab tengok bola. Jac memang layak menang walaupun macam tak berapa 'layak' masuk show ni. Hehe
ReplyDeleteKann. Agak kurang layak sebab dia dah another level berbanding peserta lain. 😅
DeleteTulah.. harapnya GV ini jadi platform untuk diaorang terus mewarnai industri seni nie..
ReplyDeleteTapi macam dah jadi tradisi. Lepas habis GV, sunyi sepi peserta dan pemenang.
Delete