Dah lama aku nampak Snickers ni masa masuk AEON. Tapi berkira-kira jugak waktu tu nak beli ke tak. Sebab dalam Snickers BTS ni ada kacang dan aku tak makan kacang. Nanti berpesta lah jerawat.
Sebab nak sangat rasa, aku beli lah satu. Harga RM3 lebih seketul. Rasa Snickers ni memang sedap. Setakat aku makan Snickers, tak pernah tak sedap. Snickers BTS ni versi nougat. Alah. Macam nougat Cloud 9 yang selalu ada kat kedai tu. Macam tu lah tekstur dia.
Yang aku suka, rasa coklat Snickers BTS ni. Rasa coklat tu memang premium, bukan coklat murah. Sekali telan, mesti nak makan lagi. Haihh. Kena beli lagi ni. 😆
Nampak tak kacang tu? Besar saiz tau. |
Wrapping Snickers ni warna ungu. Warna tema BTS gitu. Kat depan wrapping tu siap ada logo BTS. ARMY (gelaran peminat BTS) confirm simpan buat koleksi nanti ni. 🤭
8 Comments
Snickers merupakan antara coklat yang saya suka makan.
ReplyDeleteBagus tu. Kena dengan cita rasa.
DeleteSuka mkn snickers sejak childhood lg.. Harga Snikers mmg mahal tp berbaloi sbb sedap sgt..
ReplyDeleteSaya jarang makan Snickers. Lebih prefer Cloud 9 sebab lagi murah.
DeleteSedap.. Sha ada beli beberapa ketul.. Kalau dekat 99Speedmart lagi murah.. dalam RM2 lebih je kalau tak silap..
ReplyDeleteBagus tu. Murah. Kena cari kat sana jugak ni.
Deletebaru tahu snickers ni jual kat asia tenggara je. kira special jugaklah
ReplyDeleteBetul. Extra special ni. Mungkin nak fokus kat Asia Tenggara dulu.
Delete