Buku Diary of a Wimpy Kid 2022 makin mahal.


Semalam aku ada singgah kedai buku Popular Bookstore. Ada urusan yang nak dibuat. Nanti aku ceritakan dalam entri akan datang.

Cumanya, kali ni aku nak kongsi sikit rasa kaget aku dengan harga kat salah satu siri buku kat sini. Bagi korang sama-sama kaget jugak. 🤭

Kisahnya bermula masa aku masuk section buku English. Aku ternampak salah satu buku cerita yang dah lama aku tinggalkan. Bukan sebab dah tak sudi nak baca buku tu. Tapi waktu dulu, aku tak mampu nak terus beli sebab harga buku tu agak mahal.

Jeng jeng jeng! Buku yang aku maksudkan tu adalah buku Diary of a Wimpy Kid.

Kali terakhir aku beli buku ni adalah buku yang bertajuk Hard Luck. Aku beli pun masa tahun 2013. Lama dah. Lepas tu, aku tak beli dah sebab dah pokai. 😁

Koleksi aku yang masih tinggal. Lagi 3 hilang entah ke mana.

Semalam, yang aku kaget tu, bila aku tengok harga buku terbaru bertajuk Diper Överlöde. Buku ni merupakan buku ke-17 siri Diary of a Wimpy Kid. Tak sangaka pulak aku dah sebanyak ni. Aku baru sempat beli beberapa ketul.

Lawa design cover ni.

Tahu tak buku Diper Överlöde ni harga berapa? Mulanya aku macam berminat dan dalam hati, rasa nak beli jugak. Ye lah. Dah hampir 10 tahun aku tak beli buku baru siri ni. Tapi aku tak terkata bila tengok harga kat belakang buku. Ha! Sila lah tengok sendiri harga kat gambar bawah ni.



Aku pelik. Dulu tak macam ni. Aku beli pun harga tak lebih RM50 untuk seketul buku hardcover. Lagi-lagi waktu tu siap ada diskaun walaupun baru dilancarkan. Sekarang, harga terus mahal mencanak.

Aku ingatkan diorang salah tepek label harga. Tapi bila aku check kat kedai rasmi Shopee diorang, memang harga tu yang diorang jual. Cuma dalam Shopee, ada diskaun.

Diskaun 10% dalam Shopee.

Nampak kan penurunan harga kat situ kalau beli via Shopee? Tapi curiosity aku terus membuak-buak. Kalau kat kedai fizikal harga masih kayangan, kenapa Popular tak turunkan harga. Bagi maintain sikit macam dulu? Maka, aku check harga asal yang UK jual iaitu £12.99 ni.


Mati lah nak. Harga convert pun dah lebih RM70. Aku ingatkan nilai Ringgit Malaysia dah jatuh menjuman salah satu sebab harga buku ni mahal. Tapi tak. Harga buku hardvocer ni memang £12.99 dari dulu lagi.

Harga £12.99 dari dulu lagi.

Jadi, pemahaman aku, something wrong dengan Popular tu sendiri. Tak mungkin UK mampu kekalkan harga buku ni tapi Popular tak. Dan mungkin jugak nilai mata wang kita yang jauh ketinggalan dengan UK penyebab Popular tak dapat nak bagi harga macam dulu iaitu bawah RM50.

Kalau dah harga seketul RM64.95, aku mampu tengok je lah buku baru ni buat masa sekarang. Dapat rasa dan hidu bau helaian kertas pun dah bersyukur. Nak beli, rasanya lambat lagi baru dapat kumpul duit. Atau tunggu harga turun menjunam dulu baru aku beli.

Post a Comment

10 Comments

  1. byk juga koleksi...kena menabung utk beli buku ni..

    ReplyDelete
  2. Kalau dah minat, kena mula kumpul duit le untuk membelinya..hihi

    ReplyDelete
  3. harga buku memang mahal. kos percetakan naik agaknya

    ReplyDelete
  4. mak aih, mahalnya. pernah tumpang baca ex boss punya je dulu. mungkin lah sebab rate duit kita rendah

    ReplyDelete
  5. time sekolah dulu dah rasa mahal tapi sempat juga grab 3 buku first tu tapi sekarang ni perghh lagi mahal. seram tgk harga dia..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Makin mahal. Nak beli pun terpaksa tunggu sales.

      Delete