Entri ke-200 tahun 2022.


Sedar tak sedar, tahun 2022 bakal berakhir beberapa hari lagi. Terasa begitu cepat masa berlalu. Entah kenapa.

Tahun ni, boleh katakan antara tahun yang paling bermakna bagi aku. Walaupun masih menunggu kewujudan kereta terbang yang tak muncul tiba, ada beberapa pencapaian yang aku patut banggakan.

1. Pertama kali dapat duit AdSense.


Siapa sangka boleh jana pendapatan dengan berblogging. Tak banyak, tapi boleh lah guna untuk renew domain dan makan kepci.


Aku mula buat blog baru tahun 2020. Waktu tu, kebosanan duk kat rumah plus ada banyak aktiviti masa lapang sepanjang PKP. Jadi, aku guna peluang tu untuk aktifkan diri dalam dunia blog.


Maka, pada 24 Mei 2022, duit AdSense masuk dalam bank. Aku bukan lah terlalu aktif bukak blog. Tapi bila ada masa terluang, aku akan guna untuk update entri supaya sedikit-sebanyak dapat dijadikan panduan dan teladan kepada pembaca kesayangan aku ni.

2. Pertama kali join pesta buku PBAKL.


Selain Big Bad Wolf, seingat aku, pesta buku yang aku pernah join, masa aku sekolah rendah. Berjaman dah. Waktu tu pergi dengan bas sekolah. Pergi ke Planetarium Negeri dan cikgu bawak singgah pesta buku.


Kat situ lah aku sempat beli beberapa buah buku termasuk buku Anak-Anak Sidek. Tapi entah ke mana dah buku tu sekarang. MIA lepas pindah rumah.


PBAKL ni aku pergi sebab memang dah plan dari awal lagi. Ye lah. Mungkin hampir 20 tahun baru aku merasa jejakkan kaki ke pesta buku (selain BBW). Bukan malas pergi sebelum ni, tapi pesta buku asyik clash je dengan aktivti lain.

3. Raya terkejut beruk.


Catat sejarah. Raya tak sempat nak prepare. Konon hari last puasa, nak pergi AEON shopping baju. Tapi apakan daya, hari last puasa jadi hari pertama raya!


Kelam-kabut jadinya. Dengan rumah tak kemas, dengan barang basah tak beli. Ayam segar pun tak sempat nak beli. Jadi, pagi raya, takde rendang. Makan apa yang ada. Nasib baik biskut raya dah beli. Takde lah kempunan pagi tu.


Walaupun raya kali ni agak kurang sempurna, tapi feeling raya tu tetap ada. Raya kan tujuannya nak ajar kita erti bersyukur. Dan aku bersyukur raya kali ni masih disambut dengan gembira bersama keluarga.

4. Shopee buat hal.


Tahun ni, tahun yang aku paling annoying dengan Shopee. Kalau dulu, macam-macam benefit yang diorang bagi. Permurah dengan baucar dan diskaun. Tapi tahun ni, macam-macam benefit yang pernah diorang bagi, ditarik satu per satu.


Mulanya, baucar diskaun. Lepas tu, baucar free shipping pulak. Bukan apa, kalau dah takde free shipping atau diskaun, baik aku beli kat kedai fizikal je. Lagi selamat barang-barang tu dan boleh check depan-depan.


Sekarang, kurier Shopee iaitu Shopee Xpress pulak buat hal. Banyak barang yang aku order, lambat sampai. Lagi lama berbanding J&T dan PosLaju. Ada sekali, barang aku sangkut kat hub. Last-last dapat emel yang barang aku tu hilang. Nasib boleh dapat refund duit.

5. Aku dan buku berpisah tiada.


Tahun ni, aku banyak spent duit beli komik dan novel. Rasanya mau berpuluh plastic box yang aku beli untuk simpan komik. Bukan apa, bila ada peluang dan duit, apa salahnya digunakan untuk beli sesuatu yang aku nak dari dulu lagi kan?


Komik dan novel yang aku beli tu pun bukan lah mahal. Kebanyakannya aku beli waktu ada diskaun. Kalau tak, takde maknanya aku nak keluarkan duit saja-saja macam tu. Membazir.


Ada komik dan novel yang aku sempat baca. Ada yang masih selamat dalam plastik. Ada yang masih dalam kotak. Nak baca semua, memang tak lah. Kang tak pepasal 24 jam aku tercongok depan buku tanpa tahu dunia luar.

Persiapan tahun 2023


Mungkin aku belum bersedia lagi. Malas dah nak buat plan. Sebab nanti aku confirm tak mampu nak penuhi. Orang kata, lebih baik go with the flow. Aku pun tak nak beriya sangat buat azam. Hujung-hujung, menangis kat bucu katil sebab tak dapat penuhi azam sendiri. 😂

Post a Comment

11 Comments

  1. Seronok baca byk benda unlocked.. tp sy masih lg x berpeluang ke pesta buku.. dlu bbw kt kuching ni pun x semeriah kt sana.. apapun semoga thn 2023 nnt semakin dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan BK

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin. Lately BBW makin banyak buat event. Hampir setiap bulan ada.

      Delete
    2. Kalau kat sini mmg xde.. huhu

      Delete
  2. 2022 tahun yang bertuah nampaknya :)

    ReplyDelete
  3. tahniah untuk entry ke 200. semoga terus sukses untuk tahun seterusnya :)

    ReplyDelete
  4. Wah.. Tahniah.. da 200 entry ye tahun ni.. Terbaik.. Part shopee tu memang sedih.. hehehe..Tapi still juga membeli seba malas nak bersesak sesak.. Semoga terus berblog..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Betul. Ikutkan hati malas nak bersesak tapi bila beli online ni, banyak masalah pulak. 😌

      Delete
  5. kalau ada yang tak tercapai..jangan nangis kat bucu katil..buruk rupa lelaki nangis tepi bucu katil... ahaksss

    ReplyDelete