Makan Ice Cream Gula Apong Presint 15, Putrajaya.


First time aku makan aiskrim hipster yang murah dan sangat sedap. Ni kali kedua sebenarnya aku makan. Sebelum ni, hanya dengar gula apong je. Tak pernah rasa gula apong macam mana.

Kedai ni tersorok sikit dari pandangan duniawi. Kalau masuk deretan kedai Presint 15 dan lalu jalan depan, memang tak nampak lah kedai aiskrim ni.

Gambar credit Google.

Gambar credit Google.

Even lalu jalan belakang pun, takkan pesan punya. Nak senang tahu, kedai ni terletak kat belakang Mydin Presint 15 atau setentang kedai buku Pustaka Rakyat Presint 15.

Mula-mula nak order, terasa jakun sangat. Tapi bila staff kat sana tolong, sebenarnya senang sangat. Kalau nak order, kena order dari tingkap luar dan terus bayar situ. Lepas bayar, staff tu terus prepare aiskrim. Lepas tu, masuk ambil kat dalam. Nak makan dalam kedai pun boleh sebab ada disediakan kerusi dan meja.

Yang ni perisa Chocolate Belgium.

Sedap? Sangat sedap. Kali pertama aku pergi, aku beli perisa Chocolate Belgium dan topping chocolate rice + cococrunch. Rasa aiskrim ni sangat lembut dan cari dalam mulut versi premium gitu. Memang tak nyesal beli. Plus harga seketul aku beli RM3.70 je. Banyak jugak kuantiti aiskrim satu cawan tu.

Kali kedua, aku order perisa Gula Apong Sarawak dan topping peanut + cococrunch (refer gambar paling atas). Tak tahu aku nak terangkan macam mana. Rasa aiskrim perisa gula apong ni sangat sedap. Nak kata terlalu manis, tak jugak. Bila makan sekali dengan peanut, rasa aiskrim ni sebijik macam peanut butter. Nikmat yakmat.


Kalau ada kesempatan, singgah lah kat kedai ni. Selain Presint 15, banyak je cawangan kedai aiskrim ni. Merata tempat ada. Dan selain aiskrim, diorang ada jugak jual air macam frappuccino, smoothie, soda dan milk tea.

Perisa lain aku belum sempat nak merasa. Tapi tengok dari gambar tu, sangat promising. InsyaAllah kalau ada masa (dan duit), aku akan singgah lagi. 😆

Post a Comment

8 Comments

  1. Makan semasa cuaca panas best ni ..

    ReplyDelete
  2. Chocolate belgium tu memang best.. Tambah pula coklat rice dengan kacang.. Kalau dekat saya terjah..

    ReplyDelete
  3. Pernah beli di outlet tmn melawati... mmg sedap, x brp manis..

    ReplyDelete