Pengalaman first time makan di IKEA.


Hari tu singgah IKEA Cheras. Plan nak makan kat sini. Maklum lah. Tak pernah makan lagi kat IKEA walaupun dah selalu pusing bahagian perabot.

Mulanya, terasa jakun. Ye lah. Expectation aku, makanan kat sini mahal-mahal. Sesuai untuk orang kaya je. Tapi bukan. Setelah buat kira-kira, makanan kat sini sebenarnya mampu beli walaupun aku hanya lah sekadar rakyat marhaen. Harga lebih kurang macam makan KFC atau McD. Tapi nak beli selalu, tak boleh lah.

Cara nak order makanan dan minuman


Aku tak sempat nak snap gambar waktu ni. Mata duk tengok menu kat LCD. Mula-mula, kena ambil troli makanan. Lepas tu beratur ikut giliran. Kalau tak tahu, follow je orang depan.

Nanti bila dah sampai kat depan server (mengikut menu yang kita nak), mintak je dengan dia. Lepas dia bagi, chow lah dari situ. Pergi cari menu lain pulak.

Lepas dah setel ambil makanan, pergi ke kaunter cashier. Bayar harga makanan yang kita ambil tu. Jangan lari pulak. Haram makanan tu kang.

Kalau nak beli air, ada kaunter asing. Boleh ambil air dan bayar kat cashier yang sama. Tapi tak banyak variasi air. Aku beli pun sekadar nak isi tekak yang dahaga.

Lepas setel, cari lah meja makan yang kosong. Kalau nak selamat, cop dulu meja sebelum ambil makanan. Ada orang letak beg atas meja. Jadi, kalau nampak ada barang atas meja kosong, maksudnya meja tu dah ada orang cop.

Makan chicken meatballs dan ayam goreng


Salah satu makanan IKEA yang terkenal adalah meatballs. Tapi aku tak nak makan daging lembu. Jadi, aku pilih daging ayam iaitu chicken meatballs. Kakak aku je yang beli meatballs. Aku sempat ambil seketul meatballs tu sebab nak rasa.

Satu set chicken meatballs. Sos black pepper tu sedap.

Sedap? Memang patut ramai yang suka meatballs IKEA. Bagi aku, sedap. Rasa lembut je bila gigit dan terasa juicy gitu. Chicken meatballs pulak, agak sedikit keras berbanding meatballs. Kalau pilih antara dua ni, rasa daging lembu tu lagi sedap berbanding ayam.

Satu set ayam goreng.

Untuk ayam goreng pulak, berdasarkan deria rasa aku, aku bagi 5 bintang. Ayam garing, tak berminyak dan cukup rasa. Boleh makan sepinggan besar tanpa jemu.

Kekenyangan


Aku pun ada order sup cendawan dan roti. Sedap. Kena dengan selera aku. Sup tu pekat dan roti pulak lembut bila masuk mulut. Tapi in the end, terpaksa tapau meatballs dan ayam goreng sebab semua kekenyangan. Tak larat nak terus makan. 😅

Lepas setel makan, tak perlu angkut pinggan. Nanti ada staff yang datang ambil pinggan mangkuk dan lap meja. Kalau nak basuh tangan, ada disediakan tempat basuh tangan. Tak boleh lepak lama-lama sebab nak bagi chance kat orang lain pulak makan kat meja ni.

Post a Comment

2 Comments

  1. kalau gi ikea memang wajib order meatball ni. nampak mcm tk cukup sorang makan tpi sebenarnya kenyang jugak. tpi harga dia dah naik sikitla dari harga lama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Sama lah. Nampak macam tak cukup. Tapi bila makan, memang terlebih cukup. 😂

      Delete