MyChef's Bites Biscuit Stick karakter komik Gempakstarz.


Sebenarnya, aku tak sangka jajan ni wujud. Sepanjang aku layan komik Gempakstarz, tak pernah aku tahu pun yang diorang ada biskut batang ala Pocky ni. Diorang kan fokus kat komik dan novel je. Tak terfikir dek akal yang diorang hasilkan (kolaborasi) biskut ni.


Masa singgah AEON Big, aku masuk lah bahagian biskut. Niatnya nak tengok biskut apa yang menarik kat situ memandangkan aku dah lama tak makan biskut.


Masa duk usha biskut apa yang ada, ternampak pulak deretan kotak biskut karakter komik Gempakstarz: X-Venture Xplorers dan Siri Candy. Setahu aku, Upin Ipin, BoBoiBoy dan Ejen Ali je yang selalunya buat jajan kotak pesen gini. Tak sangka pulak aku Gempakstarz pun buat jajan jugak.


Setiap design kotak ni sangat menarik. Ada 3 warna: merah, merah jambu dan kuning. Setiap kotak ni ada perisa yang berbeza iaitu coklat (merah), strawberi (merah jambu) dan cream cheese (kuning).

Coated Chocolate Flavour



Yang ni perisa coklat. Rasa standard lah macam mana-mana biskut batang yang aku pernah makan. Coklat dia sedap. Pekat dan terasa macam coklat mahal. Biskut yang digunakan pun menarik. Seolah-olah ada kesan panggang.

Coated Strawberry Flavour



Warna merah jambu yang striking. Menarik. Rasa tu memang sebijik rasa coklat putih yang ditambah esen strawberi. Macam coklat yang orang buat kek dan biskut tu. Wangi dan manis-manis manja gitu. Budak-budak memang suka lah rasa macam ni.

Coated Cream Cheese Flavour



Perisa ni rare. Belum pernah aku rasa sepanjang aku makan biskut batang. Rasa cream cheese tu memang kuat. Kalau orang yang suka makan cream cheese, memang akan jatuh cinta dengan perisa ni. Kalau tak, akan terasa agak pelik. Mula-mula aku masukkan dalam mulut pun, rasa pelik. Tapi lepas makan satu batang, rasa tu takde lah teruk sangat.

Setiap satu ni harganya RM2.80 sekotak. Takde lah mahal sangat. Standard dah tu. Aku sempat beli sekotak setiap perisa. Nak rasa dulu macam mana. Kang kalau tak kena dengan selera, bazir pulak nanti.

Lagi satu, aku punya lah excited dengan biskut Gempakstarz ni. Maklum lah, baru tahu. Sampaikan aku pergi cari staff dan mintak benda yang diorang buat iklan biskut ni.


Mulanya, aku cari staff AEON tapi tak jumpa. Diorang main sembunyi agaknya. Ada promoter biskut lain kat situ tengah top up stok. Promoter tu terkejut bila aku kata aku nak benda alah ni. Ye lah. Bagi orang lain, benda ni sampah. Bagi aku, benda ni koleksi.

Aku gigih pergi kat kaunter customer service dan nasib baik ada staff AEON kat situ. Aku mintak dia datang kat bahagian biskut ni dan inform dia yang aku nak banner ni. Terus dia bagi dan siap bagi extra lagi kat aku. 😆

Post a Comment

6 Comments

  1. Jarang2 ada orang mintak dia punya iklan...
    Suka betul ya simpan benda2 rare gini? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada tapi tak ramai. Simpan buat kenangan. 😁

      Delete