Aku dapat tahu wujudnya novel Harry Potter 2023 edisi Bahasa Melayu ni masa godek-godek Shopee dan Lazada. Bukak kedai Pelangibooks nak tengok promo apa yang ada. Tetiba terperasan pulak ada cover baru novel Harry Potter.
Aku mula baca novel Harry Potter versi BM dari tahun 2007 lagi. Ingat lagi waktu tu. Semangat betul order dari website Pelangi guna wang pos. Sanggup jalan kali pergi pejabat pos sampai berpeluh satu muka.
Bila novel dah sampai, excited bukan kepalang. Siap bawak pergi sekolah lagi sebab nak baca waktu cikgu tak masuk kelas. Cikgu memang takkan marah sebab ada jugak pelajar yang buat benda berfaedah waktu free. 🤣
Edisi 2023 terlalu mahal
Aku terkejut tengok harga novel kali ni. Aku faham kenaikan kos printing dan sebagainya. Tapi bila dah naik sampai 75% dari harga asal, aku rasa sangat tak tercapai dek akal.
Bukan apa, dulu novel pertama (Batu Hikmat) harganya RM19.90 je. Tapi sekarang, harga dah jadi RM34.90 seketul.
Tak terkata aku tengok harga tu. Sedih pun ada. Nak beli sebuah, agak terketar tangan. Apatah lagi nak beli satu set. Memang tak mampu. Kenapa lah harga terus naik macam tu? Tak sayang kami, peminat Harry Potter ni ke?
Editing font cover depan agak kurang serius
Satu lagi penyebab aku kecewa. Masa tengok cover depan novel Harry Potter edisi BM ni, aku geleng kepala. Aku macam tak percaya dengan apa yang aku tengok.
Kenapa? Sebab editing font yang Pelangi guna tu tak seiring dengan edisi BI. Kalau tengok edisi BI, kemas dan tersusun elok je. Tapi bila tengok edisi BM, ada font besar, warna pun campur-campur (kiri BI, kanan BM). Aku tak tahu siapa yang edit ni. Budak intern ke?
Katanya Pelangi dah siap cetak versi 2023 ni. Aku sebenarnya berkira-kira nak beli ke tak. Kes editing font tu lah. Tak cantik dan nampak tangkap muat. Tapi sebab aku ni memang pengumpul novel Harry Potter edisi BM, nak tak nak, terpaksa lah beli. Sedeh. 😌
2 Comments
Alaa nampak sangat tenggelam font dekat versi BM tu :(
ReplyDeleteKann. Tak kemas berbanding versi asal.
Delete