Renew kad debit Maybank yang expired.


Kad Maybank aku expired bulan Disember 2022. Hujung tahun lepas, sempat lah aku renew kad Maybank. Kata staff Maybank, kalau kad expired, nanti tak boleh guna kad tu kat mana-mana tempat. Hanya transaksi online je boleh dibuat. Transaksi fizikal tak valid.

Renew offline vs online


Nak renew senang je. Ada 2 cara. Boleh direct pergi kaunter atau buat secara online. Aku pilih cara kedua sebab lagi mudah dan tak perlu nak keluar rumah bagai. Tapi kalau nak renew pantas, pergi lah sendiri ke cawangan Maybank. Terus dapat.

Nak renew kad Maybank tak perlu bayar pun. Aku ada terbaca kat mana entah. Kena bayar RM12 untuk renew. Tapi setakat ni, takde pulak aku dicaj. Aku check dalam akaun, memang takde tolak pun baki dalam akaun aku. Mungkinkah tiada caj untuk renew kad yang expired?

Surat yang PosLaju hantar.

Aku apply kad ni pada 18 Disember 2022. Lama jugak aku tunggu. 25 Januari 2023, baru lah kad ni sampai kat tangan aku. Sebulan lebih makan masa. Kalau urgent nak pakai kad debit untuk kegunaan harian, aku tak sarankan buat online. Better terus pergi ke cawangan Maybank. Hari yang sama jugak boleh dapat.

Ada 4 pilihan kad debit.

Aku pilih kad Barcelona FC. Bagi aku, kad ni cun dari kad lain. Aku ingatkan Maybank ada buat kad sempena FIFA Word Cup hari tu. Tapi takde. Bank Islam je yang buat. Tu pun kad kredit, bukan debit. Tak nak terjebak aku dengan ilusi kad kredit ni. 😏

Langkah activate kad debit



Dalam sampul surat yang aku dapat, ada cara-cara nak activate kad baru ni. Mudah je sebenarnya. Tapi bila aku baca balik, rupa-rupanya Maybank bagi tempoh masa 90 hari untuk aku activate kad ni. Kalau tak, kad ni tak boleh guna dan berkemungkinan aku kena buat kad baru lagi.

Status masih Pending


Dengan gigih, aku ikut lah step by step cara nak activate kad debit ni. Lepas ikut step tu, aku pelik kenapa masih ada status Pending. Sedangkan aku dah ikut apa yang kena buat.


Apa lagi, terus aku contact Maybank. Aku call nombor 03-78443696. Aku tak guna nombor bebas tol yang diorang bagi (1-300-88-6688) sebab nanti makan kredit Hotlink kes aku subscribe pelan langganan bulanan yang dapat free call, tak termasuk nombor bebas tol.

Pegawai tu check, kad aku tu dah activate dan takde masalah. Mungkin ambil sikit masa untuk proses activate tu.

Kad debit dah aktif



Lepas tu, aku check sekali lagi dalam web Maybank. Jadi. Kad debit aku dah aktif. Boleh guna lah lepas ni nak beli barang. Pegawai tu ada cakap yang untuk kegunaan pertama kali, kena masukkan nombor PIN masa nak bayar. Mungkin precedure Maybank macam tu kot.

Post a Comment

2 Comments

  1. kalau tak silap , renew kad expired tak kena charge tapi kalau nak renew reason selain expired tu yg kena charge..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Patut pun Maybank takde tarik duit dari akaun. Terima kasih bagi info.

      Delete