Resepi air blue lemon trending.


Lama aku tak bukak blog sendiri sejak dua menjak ni. Kalau bukak blog pun, sekadar baca blog teman-teman sekalian. Agak terasa kekangan masa. Ditambah pulak dengan cuaca yang panas terik sepanjang bulan puasa kali ni. Mood menulis pun terkesan.


Bila tengok dalam page blog, tak sangka pulak salah satu entri aku selepas raya tahun lepas, trending. Resepi air blue lemon yang aku buat guna sirap Blue Ros. Macam mana boleh trending, aku pun tak pasti.


Dalam performance report bulan Mac pun, boleh tengok top search adalah pasal air blue lemon. Agaknya ramai yang nak buat air ni kot waktu bulan puasa tahun ni.


Tak dapat dinafikan resepi yang aku cipta sendiri ni (macam hebat bunyinya) sangat sedap. Air ni sangat fresh. Sesuai minum di saat kehausan. Tapi jujurnya, aku tak galakkan sangat kalau nak buat minum masa bukak puasa.


Kenapa tak boleh? Sebab aku guna air berkarbonat. Air gas. Bila perut kosong masa puasa, tak elok sangat minum air gas. Nanti kalau tak dapat gastrik, perut akan memulas.


Pernah sekali aku bukak puasa minum air gas. Malam tu, terus perut buat hal. Angin je rasa dalam perut. Nak bagi hilang angin tu bukan senang. Minum air halia pun belum tentu efektif. Perut kita tak sama kan? Kalau yang takde masalah minum air gas masa berbuka, dipersilakan minum.

Apa-apa pun, terasa bangga pulak bila ada orang refer entri resepi aku yang tak seberapa ni. Maklum lah. Aku bukan Khairulaming atau Che Nom yang mahir cipta resepi. Resepi biasa-biasa boleh lah aku buat. 😊

Post a Comment

2 Comments

  1. bulan puasa gitu la ramai dok mencari air-air yang boleh dibuat untuk berbuka hehehe... next time bole buat air lain plak heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Time ni lah boleh asah skil masing-masing.

      Delete