Ada ulat dalam bendi?


Tadi masa nak sediakan bahan buat nasi goreng tomyam, aku godek lah apa yang ada dalam peti ais. Bahan tak cukup. Aku jumpa bendi. Ingat nak masukkan je dalam nasi goreng.

Masa potong bendi, aku nampak ada tompok kehitaman dalam bendi tu. Aku pelik. Biji bendi rosak ke? Tapi bila aku perhati betul-betul, bukan biji bendi, tapi ulat!


Macam mana ada ulat dalam bendi? Macam mana ulat tu masuk? Aku pelik. Dah lah ulat ni hitam. Bukan ulat sayur warna hijau tu. Geli pulak tengok.

Rupa-rupanya, ulat ni masuk dari luar. Ada lubang kat bendi yang ulat ni gigit kot. Nasib baik aku tak buang semua bendi yang ada.

Risau pulak bila fikir balik. Selama ni, bila masak kari, aku main campak je bendi dalam kuali tanpa potong. Lepas ni, memang kena check betul-betul lah bendi tu sebelum masak.

Post a Comment

8 Comments

  1. hampir semua sayur ada ulat. cuma rajin dgn tak je check. ulat mcm ni ok lagi kalau banding ulat warna putih (akibat makanan basi)

    ReplyDelete
  2. Paling tak best kalau terbeli bendi tua.. liat dah haha

    ReplyDelete
  3. Alamak! Kita pulak yang risau nak makan bendi pasni kalau tak potong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas ni kena check dulu sebelum campak. 😁

      Delete
  4. Orang kata kalau ada ulat, sayur tu tak guna racun semasa ditanam.. huhuhu.. Tapi memang kena bersihkan dan belek betol-betol sayur sekarang ini..

    ReplyDelete