Apabila orang kuat Bekazon dah tegur.

 Disclaimer: Post ni aku tulis sebagai peminat karya tempatan. Aku salah sorang peminat tegar karya Bekazon terutamanya Ujang & Apo?. Entri pertama aku pun aku masukkan gambar majalah komik Ujang & Apo? sekali tau.


Semalam, aku sempat lah baca satu status yang cukup panas dalam FB. Dalam status ni, salah sorang orang kuat majalah komik Bekazon menyuarakan ketidakpuasan hatinya melihat ada satu 'page' FB yang share karya kartunis hasil terbitan syarikatnya tanpa masukkan sekali link kartunis bernaung atau link Shopee.

Sebenarnya, kalau aku nak ulas, ada 2 benda kat sini. Eh, mungkin banyak! Malas pulak aku nak buat kira-kira.

POV orang kuat Bekazon



Aku sebagai peminat komik tempatan terutamanya, sangat memahami apa yang berlaku dari point of view (POV) dia. Apa yang aku faham, dia nak sesiapa yang share sebahagian karya terbitan syarikat dia, share lah sekali link page official syarikat naungan kartunis atau link Shopee. Yakni bukan sekadar bagi kredit.

Share link


Sebab nanti peminat atau bakal peminat kartunis Bekazon secara langsung akan tahu nak cari kat mana untuk dapatkan karya tu. Senang buat peminat, kartunis dan penerbit. Admin 'page' pun dapat untung sebab selain ramai yang share karya tu, ramai jugak yang kenal majalah komik group admin tu (Sempoi) yang ada lebih 100k ahli.

Group vs page


Tapi kat sini, bagi aku, kata-kata dia ni agak kasar dan salah. Satu, page dan group adalah 2 entiti yang berbeza. Page selalunya adalah halaman rasmi. Group pulak selalunya tak rasmi. Dalam konteks ni, Kartun KITA JIWA KITA adalah group. Sebab tu dalam group tu ada 100k members aka ahli, bukan followers. AHLI.


Dalam group ni jugak, peminat lah yang share karya kartunis favourite diorang. Share sebab nak bagi orang tahu karya tu best dan berbaloi untuk dibaca. Bukan admin group yang share. Selain tu, ni group terbuka. Mana-mana peminat boleh post apa-apa karya as long as credit kepada kartunis diberikan. Takut nanti kena saman dan sebagainya. Ye lah. Mana boleh sesuka hati upload karya yang ada hak cipta kan?

Tak nak jadi spammer


Kedua, tak nak lah nanti group tu dipenuhi dengan link Shopee, Lazada dan seangkatan dengannya. Takkan setiap kali nak post cebisan karya, nak kena kepilkan link penerbit atau kedai? Nanti jadi kes spam tak ke susah? Bagi aku, kalau post group ada terlalu banyak link, aku memang naik meluat. Nak feel tengok karya kartunis pun terganggu. Cukup lah bagi credit.

Ada yang kecam admin group KKJK, ada yang kecam dia. Sampai aku cari semula post dia tu, dah takde. Mungkin dia dah delete atau FB delete? Entah.

POV berbeza


Sebenarnya, ada betulnya apa yang dia tu luahkan dan tegur walaupun bagi aku, cukup kasar. Ada point yang betul. Dari POV orang kuat Bekazon, dia mungkin nak peminat lama dan baru atau bakal peminat majalah komik terbitan syarikat dia tahu yang cebisan karya yang dikongsi dalam group KKJK tu boleh dimiliki dan dibeli. Kalau nak beli, boleh tekan link Shopee. Senang kan?

Tapi dari POV peminat yang share dalam group KKJK, benda ni agak leceh. Ye lah. Nak kena cari link Shopee satu hal pulak. Nak nak, line Internet macam siput. Cukup-cukup lepas nak upload gambar cebisan karya kartunis kegemaran yang beresolusi 480p je. Dah lah app Shopee nak bukak pun berat. Phone pulak zaman Jepun. Mereput lah nak dapatkan link Shopee. Tak gitu?

Pengecualian


Seandainya Bekazon dah maklumkan dalam majalah komik diorang bahawasanya tidak dibenarkan publish mana-mana cebisan terbitan diorang keluar, maka tak boleh lah jawabnya. Tetap tak boleh share walaupun diberi credit dan sebagainya.

Antara disclaimer aka penafian yang ada dalam Bekazon.

Mungkin diorang ada sebab tersendiri walaupun bagi aku, rugi lah kan sebab tak dapat free marketing. Ye lah. Peminat share secara percuma cebisan karya. Mana lah tahu orang lain tengok, terus berminat nak beli dan cari kat mana ada jual naskhah penuh tu.

Solusi?


Dua-dua pihak boleh je bincang direct. Tak perlu sindir-menyindir, tak perlu terasa hati. Masing-masing berada dalam bidang yang sama. Mesti tahu pasal marketing, hak cipta, harta intelek dan sebagainya. Bila jadi macam ni, secara langsung, akan bagi kesan kat peminat dan bakal peminat. Mungkin ada yang boleh jadikan kes ni sebagai teladan, mungkin ada yang tak. Nanti tak pepasal sales menjunam turun atau ahli group berkurang, tak ke naya? Dan tak nak lah pulak nanti asbab kes ni, ada pihak-pihak tertentu yang ambil kesempatan atas kesempitan. Wah, madah berhelah pulak aku!

Mengenai Bekazon


Apa-apa pun, meh sini aku nak promote majalah komik Bekazon. Untuk yang tak tahu, dengan menggunakan tagline Revolusi Majalah Hybrid, Bekazon asalnya merupakan majalah komik tempatan yang hasilkan karya komik, cerpen dan info hasil gabungan kartunis dari majalah komik Ujang dan Apo? suatu ketika dulu.

Bekazon isu #02 tahun 2016.

Majalah Bekazon ada 25 buah kesemuanya. Sepanjang Bekazon diterbitkan, banyak karya kompilasi kartunis turut diterbitkan dalam kategori Collector's Edition macam Budak Hostel, Anak Bapak, Workshop, Koleksi Bijan, Koleksi Lambok dan Tok Moh.


Lepas majalah komik Bekazon tamat (isu 25), tak lama tu, diorang kembali aktif dengan terbitkan majalah komik Ujang dan Apo? yang merupakan karya-karya lama yang diambil dari majalah komik Ujang dan Apo? suatu ketika dulu yang dikategorikan dalam Bumper Nostalgia.


Kalau rasa nak support atau teringin nak miliki sendiri majalah komik dari Bekazon ni, ada 3 platform yang diorang sediakan:


Sekarang, Bumper Nostalgia dan Collector's Edition ni masih aktif diterbitkan. Harga tu memang tak sama macam dulu lah. Keras sikit disebabkan kos cetakan dan sebagainya. Dah. Jangan gaduh-gaduh. Maju lah komik tempatan demi negara!

Post a Comment

13 Comments

  1. Oh! ada terbaca isu ni dari POV kartunis Ujang. Sis setuju pulak dengan kartunis Ujang hehehee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ermm kes Ujang tu asalnya kes lain. Kalau nak elaborate rasanya 3 hari 3 malam belum habis. 😅

      Semoga diorang cari jalan penyelesaian terbaik.

      Delete
  2. semoga peminat dan penerbit/kartunis ada win-win solution...kesian kat kartunis, penat-lelah depa berkarya,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. In the end, kartunis jugak yang terkesan.

      Delete
  3. Bekazon pertama kali saya mendenmgarnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bekazon tak se popular Ujang atau Apo? mungkin sebab tu ada yang tak tahu kewujudannya.

      Delete
  4. hal2 yg melibatkan seni dan kreativiti ni sgt sensitif sbnr nya. mereja letak jiwa mrk dlm karya. siapa yg x sedih jika idea mereka diperlaku sebegitu

    ReplyDelete
  5. Husband saya dulu kerja dengan majalah Gila-gila, nanti saya share pasal isu ni hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus ni ada orang dekat yang boleh ulas isu ni.

      Delete
  6. Saya baca dari POV Ujang dan juga Bekazon.. Hurm, nak ulas lebih pun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama lah. Nak ulas lebih nanti risau tak tepat pulak faktanya.

      Delete