Bekalan gula pasir terputus di Kelantan dan Terengganu.


Ini benar. Bukan fake atau hoax. Beberapa hari lepas, memang riuh sekampung pasal gula pasir 1 kg. Macam dalam cerita Hantu Kak Limah. Katanya gula kat kedai dah habis. Takde stok masuk.

Aku macam tak percaya dan pelik jugak. Sebab apa? Sebab cuaca panas yang bagi kesan kepada production gula ke? Pokok tebu terkesan sebab cuaca panas ke?

Aku tengok dalam FB, selain show off baju raya, banyak jugak lah yang up status pasal misteri kehabisan gula ni. Negeri Kelantan dan Terengganu yang terjejas. Negeri lain aku tak pasti. Memandangkan aku masih ada kat negeri ni, memang terasa lah hype kelam-kabut macam raya tahun lepas tu.

Tapi sekarang tak lagi. Kata pengarah KPDN Kelantan, memang bekalan gula terputus sejak 1 Syawal lagi. Sebab apa terputus? Aku petik ayat dari artikel Astro Awani pada 2 Mei 2023 yang menyatakan:

Isu bekalan gula terputus di Kelantan dan Terengganu berlaku akibat penutupan sementara kilang MSM di Johor dan Perai, Pulau Pinang sempena sambutan Aidilfitri baru-baru ini. Kedua-dua kilang itu bagaimanapun sudah mula beroperasi 25 April lalu. - Astro Awani

Solusi?


KPDN Kelantan bertindak pantas. Sebanyak 250k kg gula pasir diedarkan kepada pemborong dan peruncit terjejas. Harga gula masih maintain (setakat tahun 2018) tak berubah yakni RM2.85 sepaket (1 kg).

Setahu aku, gula pasir paket ni termasuk dalam harga kawalan. Peruncit tak boleh sesuka hati naikkan harga. Kalau ada jumpa harga mahal, boleh report kat pihak berkuasa. Tapi kalau dalam kedai online macam Shopee atau Lazada tu, bersepah harga melebihi harga kawalan. Boleh ke? Yang tu aku tak pasti lah.


Sebab nak elak perkara tak diingini berlaku, aku terus check out cart Lazada. Beli gula 3 paket untuk bekalan. Kalau pergi kedai, belum tentu ada gula lagi. Beli siap-siap. Mana lah tahu masih ada tetamu yang bertandang ke rumah. Raya kan sebulan.

 P.S. Aku kalau takde gula, takpe lagi. Tapi kalau takde air, memang haru lah nak mandi berak pun payah.

Post a Comment

12 Comments

  1. Tahun ni memang meriah lain macam raya

    ReplyDelete
  2. Parah juga kalau gula habis.. Nak buat kopi O macam mana. Hihi

    ReplyDelete
  3. Gula pasir takde, boleh pakai gula kereklah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pelik nanti rasa dan warna kalau nak buat air.

      Delete
  4. moga2 semua nya cepat ok la yer...

    ReplyDelete
  5. semoga kembali pulih bekalan gula.....time raya pulak tu, sabo je lah..

    ReplyDelete
  6. time time mcm ni laa dia buat hal.. byg kan yg x de simpan stok?.memang menggagau laa nk cari gula sana sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Harap lepas ni takde lah masalah macam ni lagi.

      Delete