Opening cerita ni masa aku tengok, aku tak berapa faham. Even baca sinopsis pun aku masih tak faham sebab ada unsur saspens kat situ. Dah lah aku ter skip scene awal. Macam mana dia berdarah pun aku tak sempat tengok.
Sinopsis
Mastura (Nad Zainal), seorang penjaga taska yang bertugas menjaga anak-anak tadika. Dia juga isteri kepada Shazan (Fattah Amin). Mereka hidup dalam keadaan gembira di kampung dan disenangi orang kampung sehingga lah satu insiden dia perlu ke hospital menerima rawatan dan berlaku kejadian tidak diminta apabila dia dijangkiti HIV. Sejak itu, perjalanan hidupnya berubah.
Macam mana dia boleh kena HIV? Dari suami dia ke? Bila hospital panggil dan bagi penerangan, baru lah aku faham: hospital salah masukkan darah HIV ke dalam badan Mastura dan anak dia pun terkesan sama.
Mastura yang masih terkejut. |
Alkisahnya, si Mastura ni sakit pergi hospital untuk dapatkan rawatan dan dimasukkan darah. Tanpa dia tahu, rupa-rupanya darah tu darah dari penderma HIV!
- Kecuaian hospital.
Hospital mengaku diorang buat silap. Silap sebab tak bebetul check darah tu sebelum disalurkan kepada pesakit. Sebagai pampasan, hospital maklumkan yang diorang akan bagi rawatan percuma seumur hidup. Cukup ke?
- Dipulaukan orang kampung.
Kesnya orang kampung tak tahu yang Mastura dapat HIV dari darah yang dimasukkan dalam badan dia, bukannya hubungan terlarang dan sebagainya. Satu kampung pulaukan dan membawang pasal Mastura dan suami dia.
- Hubungan Mastura dan suami dia, Shazan yang hampir retak.
Masing-masing stress dengan masalah yang berlaku. Mastura yang diberi cuti, Shazan yang dibuang kerja. Dan bila Mastura nak bersama, Shazan masih fobia walaupun diorang berdua dah berkali-kali join sesi kaunseling.
Shazan yang buntu dengan masalah. |
Walaupun diorang tertekan dengan masalah yang ada sekarang, nasib baik lah si Shazan ni tetap jaga dan ambil berat pasal Mastura dan anak diorang.
Tak lama lepas tu, ada sorang peguam ni yang nak tolong diorang walaupun awalnya Mastura dan Shazan tolak sebab takde duit nak pergi ke bandar jumpa peguam tu.
Peguam yang tolong untuk saman hospital. |
Tapi peguam tu datang cari diorang. Tolong diorang untuk saman pihak hospital. Tapi malangnya, lepas 5 tahun fight, masih takde keputusan. Wat da hek?
Masih ada sinar walaupun matahari tak bercahaya. - Mastura
Cerita ni diinspirasi dari kisah benar? Wallahualam. Setakat aku tahu, memang ada kes hospital silap masukkan darah HIV dalam badan pesakit. Boleh baca kat sini:
Aku baca berita pasal ni pun seram. Gila kan? Macam mana boleh terlepas masuk darah HIV tu pun, aku tak pasti. Tak check betul-betul atau dokumen tercicir? Entah. Semoga lepas ni, kes-kes salah bagi darah tercemar HIV ni pupus lah.
Telefilem Matahari Tak Bercahaya ni dah pernah tayang kat TV tahun lepas. Aku tak pernah tengok pun. Semalam baru dapat tengok. Bagi aku, cerita ni ada tema yang sangat kukuh. Cuma dari segi penceritaan tu, aku tak suka sangat. Kurang adventure.
Sebab apa? Aku bayangkan. Kalau ni cerita tamil, mesti lagi menarik. Akan ada scene turun naik pejabat kerajaan, pertengkaran dalam mahkamah, rusuhan dan sebagainya. Maksud aku, adventure watak utama dalam usaha untuk pertahankan hak dia gitu.
Tapi secara keseluruhan, telefilem ni memang lain dari yang lain. Bukan tipikal style cerita telefilem yang biasa tayang. Somehow, mampu buatkan aku terbayang dan temenung dengan isu terpencil ni yang mungkin berlaku bila-bila masa atas kecuaian pihak-pihak tertentu.
2 Comments
Pergh!! Seram owh..
ReplyDeleteKann. Macam ni pun ada.
Delete