Kos sara hidup kat kampung lagi mahal berbanding bandar?


Sekurang-kurangnya kat kampung aku. Ni pengalaman aku sendiri yang tinggal kat bandar dan kampung. Sejujurnya aku kata, harga barang keperluan harian kat kampung lagi mahal berbanding bandar.

Aku pernah dengar keluhan warga kota yang mengatakan kos sara hidup di bandar lagi tinggi. Ya. Aku faham. Tapi setahu aku, kos yang dikatakan tinggi tu hanya lah kos tempat tinggal (rumah) sahaja. Ye lah. Kalau kat kampung harga sewa rumah teres 3 bilik hanya lah RM500-RM700, tapi di bandar kos sewa rumah (flat) sekurang-kurangnya RM1000 sebulan.

Kos transport (minyak motor/kereta), pakaian semua sama macam kampung. Tak pernah aku dengar lagi Petron dan Mydin jual produk diorang berbeza harga bagi kat bandar dan kampung.

Barang kedai runcit mahal


Kat kampung aku ni ada banyak kedai runcit. Kedai runcit area sini pun dah ada 4 bijik. Dekat-dekat pulak tu. Aku expect harga barang runcit kat kampung lagi murah berbanding bandar. Rupanya bukan. Tidak sama sekali!

Air Pepsi contohnya, kat bandar boleh dapat RM2.80 sebotol. Tapi kat kampung harga sampai RM4.20 sebotol. Gula pasir diorang jual tak ikut harga pasaran. Harga pasaran (kawalan) sepatutnya RM2.85 sekilo. Tapi ada yang jual RM3.00 sekilo.

Paling mahal, air Yakult. Biasa harga kat pasar raya RM5.50 sepaket tapi kat sini harga sampai RM6.90 sepaket. Murah celah mana? Nak kata persaingan antara kedai, tak nampak macam persaingan. Kalau persaingan, dah tentu diorang berlumba-lumba kurangkan harga sebab nak tarik customer datang beli.


Tadi aku plan nak beli air Yakult kat kedai runcit. Perut aku meragam sikit. Biasanya aku akan minum Yakult baru lega. Tapi bila tahu harga macam tu, terus tak jadi beli. Aku pergi kedai lain. Takde Yakult tapi ada Vitagen. Harga RM5.00 je sepaket. Aku pun terus beli.

Aku faham. Mungkin harga barang jadi mahal disebabkan kos transport/minyak owner kedai nak ke bandar untuk beli barang tambah stok. Tapi dah kalau harga melambung macam tu, memang tak lah aku beli. Sebab tu aku lebih prefer beli barang kering harian secara online sama ada Shopee atau Lazada.

Majoriti harga kat kedai runcit sini nak sama level dengan harga barang kat 7e. Dan aku sampai sekarang masih pening fikir kenapa masih ada yang anggap kos sara hidup kat kampung lagi murah berbanding bandar. Kalau hari-hari keluar makan KFC dan McD kat bandar, memang lah kos sara hidup tu tinggi.

Barang basah harga berpatutan


Dari segi barang basah macam sayur, buah, ikan dan ayam tu harga takde lah mahal sangat. Bahkan bagi aku cukup murah (kecuali ikan sebab ikan kat sini mahal). Paling best, tiap-tiap pagi, akan ada penjaja yang naik motor datang jual semua ni. Kalau nak lagi jimat, sayur boleh tanam sendiri macam sawi, daun sup, daun bawang, kangkung, taugeh dan cili.

Lain tempat, lain ragam. Mungkin kat kampung lain, barang hariannya dijual lebih murah. Jadi, berdasarkan pengalaman aku, aku tak boleh setuju bila ada yang pukul sama rata mengatakan yang kata kos sara hidup kat kampung lagi murah berbanding bandar. Yang murah adalah kos gaya hidup, bukan sara hidup.

Post a Comment

10 Comments

  1. Saya jarang membezakan harga.. Main beli sahaja.. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena banding harga. Nanti dapat jimat banyak.

      Delete
  2. harga pepsi tu dh macam harga kat sabah sarawak dh tu melampau tingginya.. kalau nak murah kena pegi supermarket baru ok sket kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Sebab tu saya suka beli barang dapur kat pasar raya. Banyak diskaun dan harga pun selalunya murah dari kedai runcit.

      Delete
  3. Kena ada Eco atau Ninso baru kedai runcit gelabah hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ni saya setuju. Memang akan vote 200% kalau dibuka kat sini.

      Delete
  4. sbb duduk di kampung jg tetap kena cari makan. cuma kena pandai sikit laa. ada je kedai or pasar raya yg jual murah. sayur n buah pun boleh dpt harga murah..pokok pangkalnya kena rajin survey...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Tapi setakat ni, pasar raya jual lagi murah berbanding kedai runcit. Mungkin diorang beli stok banyak, dapat harga rendah berbanding kedai runcit yang beli stok sikit.

      Yang murah kat kampung pun kedai makan tepi jalan. Menu yang lebih rahmah.

      Delete
  5. Macam tulah sekarang.. Semuanya mahal.. Tapi mungkin ikut situasi, ada yang murah kat bandar mahal kat kg.. Ada yang murah kat kg, mahal kat bandar.. begitulah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Cuma kaget sikit sebab tak expect langsung harga barang kat kampung lagi mahal dari bandar. 😅

      Delete