Pengalaman makan ayam KFC Extra Spicy & Crispy.


Petang tadi sempat aku order ayam KFC ni. Guna app Foodpanda. Ni kali pertama aku order lepas akaun lama aku hilang entah ke mana. Dulu nak order, Foodpanda tak masuk kawasan rumah aku. Semalam, masa godek-godek app tu, tetiba Foodpanda boleh datang hantar pulak.

Aku saspek sebab ada satu cawangan KFC yang baru bukak. Nak kata dekat tak jugak. Nak kata jauh pun tak. Ngam je. Dan sangkaan aku betul. Cawangan baru tu yang ambil order aku.

Harga asal. Lepas tolak diskaun, jadi RM15.99 sahaja.

Satu lagi, sebab Foodpanda bagi baucar off RM12 dan free delivery kepada new user. Kalau tak, tak kuasa aku nak order dari Foodpanda. Kes harga yang agak mahal kalau nak dibandingkan dengan GrabFood.

Lama tunggu


Aku kira hampir sejam aku tunggu. Lama. KFC dah accept order aku. Mungkin takde rider yang lalu kawasan tu kot. Sampai-sampai, abang GrabFood yang datang. Mungkin dia buat 2 kerja dalam 1 masa. Sebab tak silap aku, Foodpanda ada uniform dan beg sendiri. Tapi yang hantar ayam aku ni, pakai uniform dan beg GrabFood.

Sedap ke ayam baru ni?


Gambar iklan. Berseri ayam dia kan?

Macam biasa lah. Sebelum aku order, aku akan baca review dulu. Kang kalau tak sedap, nyesal pulak bila dah order nanti. Aku tengok kat Twitter dan FB. Banyak review yang ada. Antaranya:
  • Ayam baru ni tak pedas pun.
  • Ayam kecik.
  • Rasa macam ayam spicy McD.
  • Sedap lagi ayam pedas biasa KFC.
  • Nyesal beli.

Meh nak bagi review aku pulak. Satu, ayam yang aku dapat ni, aku kategorikan sebagai ayam bersaiz besar. Sebab selalunya aku beli, dapat saiz kecik je. Saiz puyuh gitu. Tapi pandai staff KFC tu ngelat kan? Seketul rib, seketul wing dan seketul paha. Ni kalau aku dine in, wajib aku tukar kepada semua rib.

Sama macam iklan. Vibrant warna ayam tu.

Kedua, ayam baru ni pedas tapi takde lah pedas sampai tak boleh telan macam ayam 3x pedas McD tu. Setakat aku makan ayam KFC ni, perut takde memulas.

Ketiga, kena dengan namanya, ayam ni memang crispy. Rangup. Seronok pulak aku makan kulit ayam ni. Tak lemau. Aku rasa diorang patut jual kulit versi pedas baru ni pulak nanti.

Keempat, rasa ayam ni masa mula makan (kulit), sebijik rasa ayam pedas McD. Dengan tekstur dan warna yang hampir sama. Tapi bila dah sampai part isi, rasa tu dah jadi rasa ayam hot & spicy KFC yang biasa tu. Not bad lah kan?

Tapi lain cawangan, lain kualiti ayamnya. Staff tak sama. Mungkin tempat aku ni, staff pandai masak. Sebab tu elok je rupa dan rasa ayam ni.

Sedap ke tak sedap? Bagi aku, aku suka ayam gini. Rasa pedas tu balance. Kalau KFC jadikan ayam baru ni sebagai ayam regular, mesti best. Buang je ayam pedas biasa KFC tu dan gantikan dengan ayam baru ni. Korang macam mana? Dah rasa ke ayam Extra Spicy & Crispy ni?

Post a Comment

10 Comments

  1. saya dah lama tak beli KFC lepas 2,3x dapat anak ayam,coleslaw kfc di ganti dgn mashed potato
    yg ni nmpk sedap mcm teringin pula nak order

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Selalu macam tu lah. Kalau tak anak ayam, mesti dapat puyuh.

      Delete
  2. Bab crispy tu memang yang ni mantap tapi bab pedas tu macam tak berapa syok sangat sebab serbuk cili je lebih. antara KFC Extra dengan McD, sedap lagi Mekdi hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pulak suka KFC sebab rasa lebih kena dengan tekak berbanding McD.

      Delete
  3. Dah lama tak order KFC sebab banyak isu la kat sini. Ada outlet buat elok, ada yg tak jaga SOP. InshaAllah kalau ada orang belanja saya try :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seram jugak macam tu kalau ada yang tak ikut SOP.

      Delete
  4. Belum lagi, boleh la cuba kot sebab saya suka ayam spicy McD banding dgn ayam spicy KFC yg biasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Spicy McD lagi better dari spicy KFC.

      Delete