Entri pertama bulan Syawal. Bukan takde masa nak tulis, tapi tak sempat nak bukak blog time raya ni. Ditambah pulak dengan cuaca panas terik yang buatkan mata kuyu badan lesu. Maka, makan dan minum je lah aktiviti yang boleh dibuat.
Yang pasti, raya tahun ni bukan raya terkejut atau raya last minute. Lepas pengumuman rasmi raya kat TV, masih sempat dan ada masa nak buat persiapan raya. Lagipun masa malam pengumuman tu, aku sekeluarga memang dah prepare semua barang raya. Barang basah dah beli, biskut raya cukup, baju raya pun dah setel basuh. Tunggu nak gosok je.
Dapat duit raya
Alhamdulillah. Tak sangka dapat jugak duit raya untuk tahun ni. Ingatkan dah tak dapat. Maklum lah. Dah masuk kategori remaja purba. Tapi walaupun aku dapat duit raya, aku tetap bagi duit raya kat anak-anak buah dan adik-adik sepupu sepapat. Rezeki kena lah dikongsi kan?
Raya tanpa Abah
Raya tahun ni memang terasa sangat tak lengkap tanpa Abah. Selalunya Abah lah yang paling excited nak bergambar lepas balik dari sembahyang raya. Walaupun Abah dah takde, tapi momen pagi raya bersama Abah, tetap akan aku ingat sampai bila-bila. Al-Fatihah buat Abah. Semoga roh Abah sentiasa dicucuri rahmat.
Raya dalam kesederhanaan
Aku tak ke mana pun raya ni. Duk rumah tunggu ketibaan tetamu je. Nak keluar, memang tak lah. Panas terik. Bahang tu sampai nak bernafas pun payah. Terpaksa lah pasang aircond sambil duk depan TV.
Juadah raya pun simple je: nasi dagang dan rendang ayam. Biskut raya ada yang aku tempah, ada yang beli kat pasar raya. Aku sebenarnya kecewa dengan kualiti biskut raya home made yang aku order masa puasa. Iklan bagai nak rak. Katanya buatan sendiri lah, bukan kilang lah. Tup tup, biskut buatan kilang lagi sedap. Terasa kena scam.
Apa-apa pun, raya 2023 berjalan dengan baik. Takde kelam-kabut macam tahun lepas. Cuma kali ni, cuaca tak mengizinkan. Panas terik. Nasib baik ais dah siap beli satu pek besar. Bila dahaga, terus minum kasi lega tekak.
10 Comments
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.
ReplyDeleteSelamat Hari Raya. 👍
Deletebetul tu x sempat nk buka blog he hee
ReplyDeleteapapun alhamdulillah
slmt hari raya maaf zahir batin
Kann. Buka pun tak sempat, update lagi lah tak. 😅
DeleteBetul kan raya kali ni raya dah siap prepare... mlm pengumuman tu mmg tinggal nak tumis je lauk-pauk raya... bila x jadi raya masuk peti ais balik semua... bila malam raya pulak siap jalan² lg ke mall bila semua dah ready.. hehehe.. apapun, selamat hari raya BK... maaf zahir & batin
ReplyDeleteSyukur Allah dah buat elok. Merasa jugak lah feel raya kali ni.
DeleteSelamat Hari Raya. 👍
selamat hari raya bro..
ReplyDeleteSelamat Hari Raya. 👍
DeleteSelamat hari raya BK...maaf zahir & batin...wahh, bestnya dapat duit raya..
ReplyDeleteSelamat Hari Raya. Rezeki tu. 😄
Delete